Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Khamis, 5 Ogos 2004

Perlawanan persahabatan pada 4 Ogos

Sunderland (0)-(1) Ajax
Jaringan Klaas Jan Huntelaar pada separuh masa kedua meletakkan kelab Belanda di atas kelab Inggeris.

Tottenham Hostpur (3)-(0) Borussia Dortmund
Darren Bent membuktikan khidmatnya diperlukan kelab EPL itu apabila membantu Spurs memenangi Pertandingan Feyenoord Jubileum di Stadium De Kuip, Rotterdam. Selain Bent, Jermain Jenas dan dan Adam Smith turut menjaringkan gol.

Hearts (1)-(0) Hull City
Pendatang baru EPL, Hull City, perlu memperkuatkan pasukan itu apabila kalah kepada kelab Ireland dengan perbezaan satu gol hasil jaringan pemain Lithuania, Audrius Ksanavicius.
 

blogger templates | Make Money Online