Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Selasa, 1 Julai 2008

Target Aston Villa

Aston Villa
Target:-

1. Penjaga gol England, Ben Foster.

Positif: Boleh diperoleh secara pinjaman daripada Manchester United.


2. Penjaga gol Tottenham Hotspur, Paul Robinson.

Positif: Robinson tidak mendapat tempat di bawah regim Juande Ramos dan peluang kembali beraksi dalam kesebelasan utama boleh menjadi daya tarikan terutama Villa ialah kelab yang berupaya memberikan saingan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Negatif: Kecuaian yang dikaitkan dengannya mungkin menjadi risiko yang besar.


3. Pemain tengah Real Madrid, Ruben de la Red Villa.


Positif: Menampilkan persembahan memberangsangkan semasa dipinjamkan ke Getafe pada musim lalu.


Negatif: Villa terpaksa bersaing tiga penjuru dengan kelab Arsenal dan Tottenham untuk mendapatkan khidmat pemain Sepanyol berusia 23 tahun.


4. Pemain tengah Tottenham Hotspur, Steed Malbranque

Positif: Villa boleh mendapatkan pemain berpengalaman.

Negatif: Ramos meletakkan nilai yang setinggi RM25.7juta (£4juta).

5. Pemain pertahanan Valencia, Miguel.

Positif: Galang ganti terbaik kepada Olof Mellberg yang berhijrah ke Juventus dan persembahan buruk Valencia pada musim lalu menyebabkan kelab Sepanyol itu perlu membawa masuk lebih banyak wang dengan menjual pemain.

6. Pemain pertahanan Sheffield Wednesday, Frankie Simek.

7. Pemain sayap Newcastle, James Milner.

Positif: Sudah pun serasi dengan Villa kerana menghabiskan tiga musim sebagai pemain yang dipinjamkan ke kelab itu.

Negatif: Terpaksa bersaing dengan Blackburn.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN ASTON VILLA

MASUK

Dengan yuran

Steve Sidwell dari Chelsea (RM32juta/£5juta)

Curtis Davies dari West Brom (RM19.4juta/£3juta)

Brad Friedel dari Blackburn Rovers (RM12.9juta/£2juta)


KELUAR

Dengan yuran

Luke Moore ke West Brom (RM19.3juta/£3juta)

Tanpa yuran

Damian Bellon ke FC Caduz

Erik Lund ke IFK Gothenburg

Olof Mellberg ke Juventus

Patrik Berger ke Sparta Prague

Dilepaskan

Thomas Sorensen

Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online