Sepintas lalu
Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.
Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.
Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.
Jumaat, 11 Julai 2008
Arsenal sambar Nasri dari Marseille
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger, boleh berbangga dengan penyertaan pemain tengah Marseille, Samir Nasri, ke dalam skuad Arsenal sebaik saja kelab dari London itu menyempurnakan kontrak pembelian pemain tanpa mendedahkan nilai yuran perpindahan.
Kehadiran pemain muda berbakat besar berusia 21 tahun itu, sudah tentu memberikan harapan besar kepada kelab yang dikaitkan dengan perpindahan pemain utamanya seperti Emmanuel Adebayor dan Alexander Hleb.
Apatah lagi Nasri yang membuat dua penampilan untuk pasukan Perancis dalam Kejohanan Eropah, Euro 2008 itu, boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hleb seandainya pemain terbabit berpindah ke Barcelona.
Nasri yang mendapat jolokan 'New Zidane' itu, bakal menyertai rakan senegaranya yang menguasai Stadium Emirates, iaitu kapten William Gallas, Gael Clichy, Abou Diaby dan Bacary Sagna.
Wenger menyifatkan Nasri sebagai pemain yang pantas dan hebat secara teknikalnya, sekali gus memperlihatkan potensi besar dengan persembahan yang ditampilkannya di Marseille serta Perancis sejak dua musim.
Perpindahan Nasri itu dianggarkan membabitkan nilai kontrak kira-kira RM77juta (£12juta) tetapi Wenger mungkin mendapat pulangan besar seandainya menjual penyerang yang dianggap overrate, Adebayor, pada nilai RM192.5juta (£30juta).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan