Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Khamis, 10 Julai 2008

Revolusi Ramos tagih 16 korban?


Pengurus Tottenham, Juande Ramos, dilaporkan akan membuang sekurang-kurangnya 16 pemain dalam tempoh perpindahan pemain untuk memastikan kelab itu berupaya memberikan saingan kepada empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Akhbar The Sun melaporkan, Ramos bersedia untuk melepaskan 16 pemain daripada skuad kesebelasan dan pemain simpanan utamanya yang diwarisinya daripada regim Martin Jol di White Hart Lane.


Bagaimanapun, demi memastikan akaun kelab tidak terjejas teruk, pemain terbabit tidak dilepaskan begitu saja atau dijual dengan yuran perpindahan yang rendah.


Pemain yang dijangka menjadi korban Revolusi Ramos ialah Paul Robinson, Pascal Chimbonda, Michael Dawson, Anthony Gardner, Young Pyo Lee, Steed Malbranque, Teemu Tainio, Kevin Boateng, Younes Kaboul, Hossam Ghaly, Adel Taarabt, Darren Bent, Paul Stalteri, Ricardo Rocha dan Robbie Keane, manakala Dimitar Berbatov mungkin akan meninggalkan kelab itu.

Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online