
Kelab dikaitkan: Barcelona
Dengan penyerang Cameroon, Samuel Eto'o dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran pelbagai kelab, Presiden Barcelona, Joan Laporta, terpaksa mencari galang ganti yang sudah terbukti mampu menjarangkan gol.
Kelab Catalan itu dilaporkan sudah membuat bidaan rasmi dalam usaha membawa penyerang yang berada dalam senarai teratas pemain sasaran Pengurus Barcelona yang baru, Josep Guardiola.
Akhbar Sepanyol mendakwa Barcelona sudah pun berbincang dengan pemain, sekali gus menawarkan kontrak selama dua tahun dengan pilihan sambungan semusim tetapi ditolak kerana Drogba mahukan kontrak selama tiga tahun.
Cristiano Ronaldo

Kelab dikaitkan: Real Madrid
Sir Alex Ferguson menegaskan ayam tambatannya, Cristiano Ronaldo, akan kekal di Manchester United meskipun cuba dipancing Real Madrid.
Ronaldo pernah memberikan isyarat untuk meninggalkan Old Trafford tetapi pertemuannya dengan Ferguson di Portugal awal minggu ini menambahkan keyakinan pengurus itu tentang masa depan pemain berkenaan.
Frank Lampard

Kelab dikaitkan: Inter Milan
Inter Milan meningkatkan bidaan kepada RM71.3juta (₤11juta) untuk membawa Lampard ke San Siro selepas tawaran mereka pada nilai RM58.3juta (₤9juta) ditolak pada minggu lalu.
Sekiranya Chelsea menerima tawaran itu, ia bermakna juara Serie A membayar hampir dua kali ganda berbanding nilai yang mula-mula disebut, iaitu RM42.1juta (₤6.5juta).
Presiden Inter, Massimo Moratti menegaskan kelabnya tidak akan putus asa untuk mendapatkan bekas pemain West Ham itu yang bukan saja menjadi sasaran utamanya, bahkan Pengurusnya, Jose Mourinho.
Robinho

Kelab dikaitkan: Barcelona, Chelsea
Penyerang Real Madrid, Robinho yang sebelum ini dikaitkan dengan Chelsea, turut menarik minat saingan kelab itu, Barcelona.
Bagaimanapun, ejen pemain itu, Wagner Ribeiro, mendakwa Blues mungkin berjaya mendapatkan pemain berkenaan kerana Robinho berminat untuk berlatih di bawah pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari.
Akhbar di Sepanyol pula menimbulkan spekulasi baru dengan mendakwa Barcelona bersedia membida pemain itu yang mungkin dipersetujui Presiden Catalan, Joan Laporta dan Pengurusnya, Pep Guardiola.
Robbie Keane

Kelab dikaitkan: Liverpool
Liverpool hampir selesai mendapatkan penyerang Tottenham Hotspur, Robbie Keane, yang sebelum ini dikaitkan bakal meninggalkan White Hart Lane pada musim panas ini selepas Revolusi Ramos melanda kelab berkenaan memerlukan kewangan distabilkan melalui penjualan pemain.
David Bentley

Kelab dikaitkan: Tottenham Hotspur, Aston Villa
Blackburn menolak bidaan Tottenham untuk mendapatkan pemain sayap, David Bentley, meskipun pemain itu pernah melahirkan hasrat untuk berpindah ke kelab untuk merealisasikan cita-citanya untuk bermain pada peringkat antarabangsa.
Ini kerana Bentley mahu memastikan kedudukannya dalam barisan pemain utama Fabio Capello dengan kempen kelayakan Piala Dunia sudah bermula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan