Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Sabtu, 12 Julai 2008

Man U mulakan usaha beli Berbatov

Saya berbesar hati untuk ke Man U!

Manchester United memulakan pembelian besar pertamanya pada musim panas dengan membida penyerang Tottenham, Dimitar Berbatov.

Laporan awal akhbar The Sun di London mendedahkan angka yang dikemukakan United ialah kira-kira RM128.2juta (₤20juta) sebagai usaha membeli pemain Bulgaria yang menarik minat untuk jangka masa panjang.

Berbatov dikaitkan untuk meninggalkan White Hart Lane sejak menampilkan persembahan menarik selama dua musim yang menyaksikannya menjaringkan 46 gol.

Dengan Tottenham tidak mampu menyediakan pentas Kejohanan Jura-juara Eropah, Berbatov turut dikaitkan dengan perpindahan ke Barceona dan AC Milan.

Pengurus Tottenham, Juande Ramos, sudah membelanjakan sekitar RM320.5juta (₤50juta), sekali gus menyebabkan beliau perlu membawa masuk wang sebelum melancarkan Revolusi Ramos.


Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online