Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Selasa, 8 Julai 2008

'Man U patut gembira dan bangga jual Ronaldo!'

Manchester United-Ronaldo-Real Madrid

SAGA Cristiano Ronaldo tambah menarik apabila Presiden Kelab Real Madrid, Ramon Calderon, menyifatkan perpindahan pemain itu sepatutnya menjadi kegembiraan dan kebanggaan kepada Manchester United kerana bakal diiktiraf sebagai ‘transfer of the century’.

Kenyataan Calderon itu bertentangan dengan keluhannya kelmarin apabila beliau seolah-olah mengaku kalah untuk memikat pemain sayap Portugal berkenaan selepas mengakui sukar untuk memujuk Manchester United menjualnya.

Bagaimanapun, 24 jam kemudian, Calderon memberitahu akhbar Sepanyol, AS, bahawa Ronaldo berhasrat menyertai Real Madrid dan juara bola sepak Inggeris itu seharusnya membenarkannya berbuat demikian.

“Kami tidak wajar dipersalahkan sekiranya hampir setiap pemain mahu menyertai Real Madrid. Sekiranya saya di Manchester United, saya akan gembira dan bangga kerana berpeluang melakukan rundingan perpindahan salah seorang pemain saya.

“Ia akan lebih mudah sekiranya United sedar bahawa mereka mungkin sedang melakukan urusniaga paling hebat pada abad ini,” katanya.

Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online