Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Rabu, 9 Julai 2008

Chelsea tolak RM51juta (£7.95juta) untuk Lampard

CHELSEA membuktikan kesungguhannya untuk mengekalkan pemain tengah England, Frank Lampard apabila menolak tawaran Inter Milan yang bernilai kira-kira RM51juta (£7.95juta).

Kelab Inggeris itu turut menegaskan pihaknya tidak berminat untuk berbincang tentang perpindahan pemain itu, sebaliknya pengurus baru pasukan berkenaan, Luiz Felipe Scolari, menjelaskan Lampard dan Didier Drogba mempunyai masa depan bersamanya.

Bagaimanapun, selagi kontrak baru tidak ditandatangani, kedudukan Lampard masih tidak tentu sama ada kekal di Chelsea atau mengikut bekas pengurus pasukan itu, Jose Mourinho, yang kini mengendalikan Inter.

Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online