Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Jumaat, 11 Julai 2008

Atletico Madrid perkukuh pertahanan dengan Heitinga

Kami mahu bikin El Nino di La Liga!

ATLETICO Madrid yang aktif dalam jendela perpindahan pemain, membeli pemain Ajax, John Heitinga dengan menebus kontrak bernilai kira-kira RM51.3juta (€10juta).

Heitinga yang mewakili Belanda dalam Kejohanan Eropah, Euro 2008 lalu, berkebolehan untuk bermain sama ada posisi right back dan centre back itu, menjadi pertaruhan Atletico Madrid dalam cabaran Kejohanan Juara-juara Eropah musim depan apabila kelab itu menamatkan saingan liga pada tempat keempat.

Sebelum ini, Atletico sudah pun mengambil pemain pertahanan Republik Czech, Tomas Ujfalusi; penyerang Perancis, Florent Sinama Pongolle; penjaga gol Perancis, Gregory Coupet dan pemain tengah Brazil, Paulo Assuncao.

Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online