Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Sabtu, 6 September 2008

Big five / 5 gergasi EPL

PEMAIN veteran Manchester United, Ryan Giggs, yakin perebutan mahkota juara Liga Perdana Inggeris (EPL) kini bakal disaingi lima gergasi (big five) dan tidak lagi empat pasukan (big four) seperti sebelumnya.

Machester City mengejutkan banyak pihak dalam senario mutakhir bermula pengunduran mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Sinaratwa, pengambilalihan kelab oleh United Group for Development berpangkalan di Abu Dhabi dan terakhir penghijrahan bintang sensasi Brazil, Robinho dengan nilai sebanyak RM198juta (£32.5juta).

City berjaya memintas Chelsea yang hampir pasti mendapatkan Robinho pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup, sekali gus menjadikan isyarat kepada aliran perpindahan pemain Januari nanti bakal dikejutkan lagi.

Jumaat, 5 September 2008

Newcastle hilang nakhoda


Bahtera Newcastle United sekali lagi terumbang-ambing dalam tempoh tidak sampai setahun apabila pengurus pasukannya, Kevin Keegan, meletak jawatan selepas kontroversi melanda.

Ini berikutan pergeseran Keegan dengan pemilik kelab itu, Mike Ashley, selain dengan Pengurus Sukan, Dennis Wise dan Pengarah Urusan, Derek Lambias.

Newcastle menjadi kelab kedua selepas West Ham United yang kehilangan pengurus meskipun Liga Perdana Inggeris (EPL) itu baru tiga permainan.

Jumaat, 22 Ogos 2008

Silvestre menyeberang ke Arsenal, Cisse pulang ke EPL


DUA perpindahan pemain mengejutkan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam, yang menyaksikan pemain pertahanan Manchester United, Mikael Silvestre menyeberang ke kelab musuh tradisi, Arsenal, manakala bekas penyerang Liverpool, Djibril Cisse, membuat come-back ke liga itu dengan menyertai Sunderland.

Silvestre mengejutkan ramai pihak meskipun sebelum ini sudah dikaitkan untuk menyalin jersi dengan kelab yang dikatakan bakal menjadi destinasinya ialah Sunderland atau Manchester City.

Bagaimanapun, pemain Perancis itu mungkin lebih selesa mengingatkan pengurus Arsenal, Arsene Wenger, adalah juga rakyat senegaranya, selain pemain lain di The Gunners, termasuk kaptennya, William Gallas.

Silvestre mencatat sejarah sebagai pemain pertama yang berpindah antara dua kelab itu sejak 1987 apabila Viv Anderson dipancing pengurus Man United, Sir Alex Ferguson sebagai pemain pertama yang dibelinya apabila mengambil alih kelab berkenaan.

Silvestre menandatangani kontrak dua tahun dengan kos perpindahan sebanyak RM4.6juta (£750,000).

Perpindahan itu turut mengejutkan rakan sepasukannya, termasuk Nemanja Vidic yang mempunyai hubungan akrab dengan Silvestre sejak berpindah ke kelab itu dua musim yang lalu.

Sementara itu, Cisse pula dipikat Sunderland selepas berjaya mendapatkan penyerang Fulham, David Healy, sekali gus menjadi pemain kelima dan keenam yang berjaya dipancing pengurusnya, Roy Keane, selepas Teemu Tainio, Pascal Chimbonda, Steed Malbranque and El-Hadji Diouf.

Rabu, 20 Ogos 2008

Terry sebagai kapten England


TEKA-TEKI siapa kapten pasukan England terjawab apabila jurulatihnya, Fabio Capello, mengekalkan armband itu kepada John Terry, manakala penolong kapten pula diserahkan kepada Rio Ferdinand, sekali gus mengetepikan Steven Gerrard.

Terry yang turut menjadi kapten Chelsea bakal membawa tugas berat itu dalam perlawanan persahabatan dengan Republik Czech, Rabu ini.

Ini menjawab spekulasi tanggungjawab kapten pasukan akan beralih kepada Ferdinand, meskipun pemain pertahanan Manchester United itu hanya baru mengambil alih tugas di peringkat kelab ekoran kecederaan Gary Neville.

Terry sendiri mengakui terkejut tetapi Capello menegaskan pemilihannya berdasarkan personaliti unggul yang dimiliki pemain pertahanan Chelsea itu.

"Saya tidak pernah mengaku kalah dalam menunaikan tanggungjawab itu dan tidak akan berbuat demikian," kata Terry, lalu menyambung, "Memang saya ada mendengar bisik-bisik bahawa Rio akan mengambil alih sehingga saya sedikit terkejut, tetapi saya akan menunaikannya sebaik mungkin. Sasaran saya sekarang ialah untuk membantu pasukan melayakkan diri ke Piala Dunia dan itulah yang akan kami lakukan."

Hargreaves bersedia ke Portsmouth


PEMAIN Manchester United, Owen Hargreaves, meyakinkan peminat kelabnya tentang kecergasannya semakin baik berbanding musim lalu yang hanya menyaksikan kecergasan pada tahap 60 peratus saja.

Pada musim lalu, pemain tengah itu dibelenggu masalah radang tendon yang dialaminya sejak awal musim tetapi pihak perubatan Man United sudah berusaha memulihkan kecederaan berkenaan.

Hargreaves sudah tidak sabar untuk turun seawal-awalnya pertemuan dengan Portsmouth, Isnin ini, meskipun Pengurus Man United, Sir Alex Ferguson dijangka tidak akan menurunkannya.

Dengan ketiadaan Michael Carrick yang turut berada dalam senarai kecederaan, Ferguson mungkin terpaksa memperjudikan kecergasan Hargreaves terutama selepas kelabnya terikat satu jaringan dengan Newcastle, Ahad lalu.

Selasa, 19 Ogos 2008

Keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2008/2009 minggu pertama

Jumaat, 15 Ogos 2008

Gunners dan Reds lepasi ujian awal


ARSENAL boleh menarik nafas lega apabila menumpaskan FC Twente dengan dua gol tanpa berbalas, manakala Liverpool berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 dengan Standard Liege di Belgium dalam perlawanan peringkat saringan Liga Juara-juara.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, menurunkan pemain muda dalam perlawanan pertama saringan di tempat lawan tetapi pemain berpengalamannya yang memastikan mereka pulang dengan mata penuh apabila Kapten pasukan, William Gallas dan penyerang Togo, Emmanuel Adebayor menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

Liverpool pula terpaksa bergantung penuh kepada penjaga gol mereka, Jose Reina, kerana menyelamatkan tendangan penalti pada separus masa pertama.

Standard Liege mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal memanfaatkannya dengan baik.

Reds tidak perlu risau kerana kelab lawan akan bertandang ke Anfield pada perlawanan kedua peringkat saringan itu.

Khamis, 14 Ogos 2008

Frank Lampard kekal di Stamford Bridge sebagai pemain termahal Chelsea

Gajinya memang cukup lumayan dan bagus!

Ini semua kuasa dari langit!

Saya pasti lebih menyintai Chelsea. Terima kasih Chelsea!

AKHIRNYA spekulasi perpindahan pemain tengah Chelsea, Frank Lampard, berakhir apabila pemain England itu menandatangani kontrak baru dengan kelab itu selepas prosesnya mengambil masa 18 bulan.

Persetujuan Lampard itu mengelakkan kelab Inggeris itu daripada kehilangannya tanpa mendapat apa-apa pulangan.

"Kami menandatangani kontrak baru saya pada hari ini," kata Lampard, "Saya secara peribadinya sangat gembira dan berharap berita ini juga menggembirakan peminat Chelsea. Saya sudah melalui tujuh musim yang hebat di sini dan saya mahu lebih banyak lagi."

Kontrak baru itu memberikan pulangan kepada Lampard hampir RM810,000 (£130,000) seminggu dan mungkin melonjak kepada RM871,000 (£140,000) pada tahun ketiga dalam kontrak terbabit meskipun ketika itu bintang berkenaan sudah pun berusia 33 tahun.

Dalam tempoh lima tahun, Lampard dianggarkan bakal mengaut kira-kira RM211juta (£34juta), sekali gus menyamai gaji yang diperolehi Kaptennya, John Terry.

Sudah tentu, peminat Chelsea wajar mengharapkan persembahan yang lebih hebat lagi daripada Lampard apatah lagi sekiranya digandingkan dengan bintang seperti Deco dan Michael Ballack.

Yakin Robinho dapat dipancing ke Stamford Bridge


MESKIPUN tawaran Chelsea terhadap Robinho ditolak mentah-mentah oleh Real Madrid, Ketua Eksekutif Chelsea, Peter Kenyon masih tetap menaruh harapan untuk membawa bintang Brazil itu ke Stamford Bridge.

Pengurusnya, Luis Felipe Scolari, mahu mempertajamkan barisan serangannya dengan mendapatkan khidmat penyerang itu sebelum tingkap perpindahan pemain ditutup pada 31 Ogos ini.

Chelsea mempunyai masa kurang daripada dua minggu untuk membuat tawaran yang boleh menarik perhatian Real Madrid yang sebelum ini terpaksa menggigit jari apabila gagal menarik bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo ke Madrid.

Robinho yang menjaringkan 35 gol dalam 131 penampilan di Madrid, dijangkakan boleh menjadikan corak permainan Chelsea lebih menarik tetapi jurulatih gergasi La Liga itu, Bernd Shuster tetap bertegas untuk memastikan bekas pemain Santos itu kekal.

Chelsea setakat ini hanya berupaya menarik dua bintang, iaitu Jose Bosingwa dan Deco ke Stamford Bridge, meskipun dikaitkan dengan banyak nama termasuk Kaka.

Eropah, jaga-jaga! Liverpool datang!

LIVERPOOL punya penyerang sama hebat dengan penyerang terbaik Eropah, kata pengurusnya, Rafael Benitez.

Bintang Sepanyol, Fernando Torres dan penyerang baru, Robbie Keane diberi tugasan untuk memastikan kelab mereka melepasi ujian saringan Liga Juara-juara, berdepan dengan Juara Standard Liege Belgium.

Berbekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan di tempat lawan pada peringkat saringan, Benitez bergantung penuh kepada Torres dan Keane untuk bermaharajalela di depan pintu gol.

Dengan memuji dua penyerangnya, Benitez berkata, Keane dan Torrez tergolong sebagai penyerang pintar yang menjaringkan banyak gol pada musim lalu serta selepas serasi, mereka bakal meneruskan persembahan terbaik mereka.

"Dua penyerang ini top class dan mereka boleh bermain mana-mana peringkat dalam pertandingan ini. Mereka akan jadi lebih baik dan semakin baik lagi.

"Bagaimanapun mereka memerlukan masa. Musim panas akan menyukarkan pemain yang tiba di padang latihan pada peringkat yang berlainan tapi saya tidak bimbang untuk masa depan mereka," katanya.

Rabu, 13 Ogos 2008

Berbatov jadi Red Devils

Aku mahu berlari ke kaki Old Trafford!

SELEPAS dikaitkan dengan penghijrahan ke Old Trafford sejak musim lalu, penyerang Tottenham Hotspur, Dimitar Berbatov, dilaporkan bakal menyertai Manchester United dalam tempoh 48 jam dengan bayaran yang lebih murah daripada yang diminta majikannya.

Sebelum ini, Spurs meletakkan penyerang Bulgaria itu pada nilai RM239juta (£38juta) tetapi kini kelab di bawah pimpinan Juande Ramos itu dikatakan bersedia membenarkannya meninggalkan White Hart Lane dengan menurunkannya kepada RM176juta (£28juta).

Ini kerana Ramos sudah bosan dengan pendedahan yang dibuat oleh Berbatov yang melahirkan hasrat untuk berpindah ke Old Trafford dan menampilkan persembahan yang kurang memberangsangkan, selain Ramos berpendapat penyerang itu sepatutnya memperlihatkan kesetiaan kepada kelabnya sekarang.

Ramos turut dilaporkan mensasarkan penyerang Zenit St Petersburg, Andrei Arshavin dan bintang Spartak Moscow, Roman Pavlyuchenko untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Robbie Keane yang berhijrah ke Liverpool.

Henry, Eto'o kekal di Nou Camp

Bro, nampaknya kita berdua masih ada harapan di sini!

JURULATIH Barcelona, Pep Guardiola, membunuh spekulasi perpindahan penyerangnya, Samuel Eto'o dan Thierry Henry, dengan memberikan sokongan kepada mereka meskipun melalui musim sukar pada musim lalu.

Henry yang masih terpaksa mencari persembahan terbaiknya selepas tiba di Nou Camp, dikaitkan dengan spekulasi akan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan apa yang disifatkan kepulangan yang mengejutkan ke Manchester United.

Eto'o pula menjadi antara penyerang yang paling banyak dikaitkan dengan pelbagai kelab termasuk gergasi di EPL.

Sokongan Guardiola itu bermakna jurulatih yang menggantikan Frank Rijkaard membuat pusingan U apabila sebelum ini menegaskan Eto'o tidak mempunyai masa depan di kelab itu, selain Ronaldinho yang berhijrah ke AC Milan dan Deco (Chelsea).

Guardiola dianggap berbuat demikian kerana Barcelona gagal menarik penyerang yang setanding dengan dua penyerang terbabit atau sekurang-kurangnya boleh mengisi kekosongan mereka.

Isnin, 11 Ogos 2008

Jawapan Portsmouth selepas kalah: Beli pemain pertahanan!

Tak nak turunkan saya dalam kesebelasan utama? Ada akal ke?

YOUNES Kaboul, bakal memperkuatkan barisan pertahanan Portsmouth apabila pemain pertahanan Perancis itu berhijrah ke kelab itu dengan yuran perpindahan bernilai RM38juta (£6juta).

Pemain berusia 22 tahun yang meninggalkan Tottenham Hotspur itu, menandatangani kontrak empat tahun selepas menyempurnakan pemeriksaan kesihatan di Fratton Park hari ini.

Ujian pertama Kaboul ialah mempertahankan gawang Portsmouth daripada bolos Ahad ini apabila pasukannya bertemu dengan Chelsea di Stamford Bridge.

Itu pun sekiranya Harry Redknapp tidak mengekalkan gandingan Sylvain Distin dan Sol Campbell yang berjaya mengekang serangan Manchester United dalam Charity Sheild semalam.

Kaboul berkata: “Saya datang ke sini kerana pengurus mahukan saya sejak dua tahun lalu. Saya bertemu dengannya dua tahun lalu apabila saya bermain dengan Auxerre dan saya suka kepadanya kerana beliau memberikan keyakinan.

“Saya tidak berdepan dengan pilihan sukar untuk datang ke sini. Kebanyakan ulasan di akhbar mengatakan saya akan ke Sunderland atau Aston Villa tetapi saya sebenarnya mahu datang ke sini,” katanya.

Kaboul menarik perhatian bekas Pengurus Spurs, Martin Jol, tahun lalu tetapi berdepan dengan kesukaran di bawah pengurusan baru yang diketuai Juande Ramos yang melancarkan Revolusi Ramos.

Ramous lebih cenderung menurunkan Didier Zokora pada posisi pertahanan utama.

Thierry Henry kembali ke EPL sebagai Red Devils?

Apakah jersi Henry akan bertukar ke Red Devils?

APAKAH penyerang Perancis, Thierry Henry, bakal pulang ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dan benarkah bekas pemain Arsenal itu bersedia membuat kejutan dengan memilih Old Trafford, sekali gus menyertai musuh tradisi The Gunners?

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson, enggan menolak kemungkinan juara EPL itu mendapatkan khidmat bekas pemain terbaik dunia selepas gagal menarik beberapa penyerang ke kelabnya.

Manchester United yang kehilangan penyerang Wayne Rooney akibat masalah kesihatan dan Louis Saha yang dilihat tidak berada dalam senarai pilihan, terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Carlox Tevez dalam saingan Perisai Komuniti (Charity Sheild) menentang Portsmouth.

Meskipun, Man U berjaya mengalahkan Portsmouth, keputusan permainan semalam terpaksa berlanjutan kepada penentuan penalti yang menyaksikan pemain Portsmouth gagal menyaingi keyakinan juara EPL dalam menyempurnakan penalti berkenaan.

Ferguson mengakui sedang berusaha mendapatkan penyerang sebelum memulakan kempen mempertahankan kejuaraan EPL dalam perlawanan pertama menentang Newcastle.

"Keadaan sangat tertekan sejak musim lalu berakhir. Kami cenderung beroperasi dengan empat penyerang tetapi kami tidak dapat berbuat demikian," kata Ferguson.

Sebelum ini, Man U dikaitkan dengan penyerang Tottenham Hotspur, Dimitar Berbatov, selain beberapa bintang Eropah seperti Karim Benzema, David Villa dan Klaas-Jan Huntelaar.

Charity Sheild: Man U kekalkan rentak juara


MANCHESTER United memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan memenangi Perisai Komuniti (Charity Sheild) selepas mengalahkan Juara Piala FA, Portsmouth.

Bagaimanapun, United terpaksa menunggu sehingga penentuan sepakan penalti kerana 90 minit berakhir tanpa sebarang jaringan tetapi pemain Portsmouth, Lassana Diarra, Arnold Mvuambe dan Glen Johnson gagal menyempurnakan sepakan penalti mereka.

Penalti United disempurnakan Carlos Tevez, Ryan Giggs dan Michael Carrick untuk menjadikan keputusan berpihak kepada United dengan keputusan 3-1.




Penalti Sepintas Lalu
Manchester UnitedGolPortsmouth

0 - 0Lassana Diarra (tersasar)
Carlos Tevez (penalti) Goal1 - 0

1 - 1Jermain Defoe (penalti) Goal
Ryan Giggs (penalti) Goal2 - 1

2 - 1Arnold Mvuemba (tersasar)
Michael Carrick (penalti) Goal3 - 1

3 - 1Glen Johnson (tersasar)










Pasukan
Manchester UnitedPortsmouth
1 Edwin Van der SarDavid James 1
2 Gary NevilleGlen Johnson 5
5 Rio FerdinandSol Campbell 23
15 Nemanja VidicSylvain Distin 15
3 Patrice EvraHermann Hreidarsson 7
22 John O'SheaPapa Bouba Diop 8
24 Darren FletcherMiguel Pedro Mendes 30
18 Paul ScholesLassana Diarra 6
11 Ryan GiggsNiko Kranjcar 19
17 NaniPeter Crouch 9
32 Carlos TevezJermain Defoe 14
Pemain Gantian
29 Tomasz KuszczakJamie Ashdown 21
6 Wes BrownLauren 4
23 Jonathan EvansMartin Cranie 20
21 Rafael Da SilvaDjimi Traore 32
16 Michael CarrickJohn Utaka 17
34 Rodrigo PossebonArnold Mvuemba 18
31 Fraizer CampbellBen Sahar 26
Penggantian Pemain

Michael Carrick kpd John O'Shea (66)
John Utaka kpd Niko Kranjcar (60)
Wes Brown kpd Gary Neville (66)
Arnold Mvuemba kpd Miguel Pedro Mendes (75)
Fraizer Campbell kpd Nani (79)
Lauren kpd Hermann Hreidarsson (79)
Kad Kuning
Nemanja Vidic (44)
Sylvain Distin (37)
Gary Neville (61)


Jumaat, 8 Ogos 2008

Crouch mahu mengecaikan harapan Man United di Wembley


PETER Crouch bersedia untuk bermati-matian melonjakkan kelabnya, Portsmouth, dalam memulakan cabaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menumbang Juara EPL, Manchester United dalam perlawanan Community Shield di Stadium Wembley, Ahad ini.

Penyerang England yang tinggi lampai itu, bakal beraksi dengan Portsmouth selepas kembali ke Fratton Park dengan yuran perpindahan RM70juta (£11juta) dari Liverpool.

Crouch yang akan digandingkan dengan Jermain Defoe untuk melakar sejarah baru selepas memenangi Piala FA pada musim lalu itu, sudah tidak sabar untuk beraksi dalam kesebelasan utama Portsmouth untuk merencatkan kegemilangan Red Devils berkenaan.

Beliau berkata: "Saya mempunyai memori indah dalam Community Shield. Saya menjaringkan gol kemenangan pada dua tahun lepas apabila Liverpool menewaskan Chelsea dengan jaringan 2-1.

"Ahad ini akan menampilkan perlawanan yang sukar tetapi kecergasan kami berada pada tahap maksimum dan bersedia serta berharap dapat memberikan saingan kepada mereka," katanya.

Crouch berpeluang turun sebagai kesebelasan utama apabila hero Portsmout dalam final Piala FA lepas, Kanu, berdepan dengan masalah kecergasan, manakala penyerang lain, David Nugent pula mengalami masalah kecederaan.

Kapten So Campbell pula sudah pun pulih daripada jangkitan virus dan dijangkakan turun untuk mengetuai pasukannya berdepan dengan Man United.

Robinho bakal ke Stamford Bridge


BINTANG Brazil, Robinho, hampir pasti menjadi milik Chelsea apabila kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu membuat tawaran bernilai RM126juta (£19.7juta) kepada Real Madrid, berdasarkan laporan Sky Sports News.

Madrid yang baru saja mendapatkan khidmat pemain tengah Hamburg, Rafael van der Vaart, selepas pemain playmaker, Wesley Sneijder, mengalami kecederaan, mungkin bersedia mencicirkan pemain yang sudah pun melahirkan hasrat untuk berpindah ke Stamford Bridge itu.

Sebelum ini, Robinho berkata, bekerja dengan Luiz Felipe Scolari menjadi impiannya kerana beliau antara jurulatih terbaik di dunia.

"Saya selalu memujinya dan beliau juga turut melahirkan pujian kepada saya, sejak sebelum beliau berada di Chelsea lagi.

"Pada 2003, apabila saya masih belum dikenali di Eropah, beliau menjemput saya untuk bermain dalam perlawanan kebajikan. Ia hanya sekejap tetapi sudah cuku untuk saya melihat stail dan karektornya," katanya.

Laporan itu disambut baik oleh Deco yang menganggap Robinho sebagai pemain yang hebat dan memiliki kemahiran yang mengkagumkan, selain mempunyai sentuhan magik serta berkeupayaan mempersembahkan permainan tanpa batasan di atas padang.

"Kualitinya sungguh menakjubkan. Ia akan jadi hebat sekiranya dia menyertai kami dan kemunculannya dialu-alukan di sini," katanya.

Penyerang termahal Fulham: Andrew Johnson

Masa untuk bertukar! AWAY!

Selamat tinggal Everton!

PENYERANG Fulham yang baru, Andrew Johnson, mempunyai tugas besar untuk membuktikan bisanya di depan gawang lawan apabila kelab itu menyelesaikan kontrak pembelian pemain bernilai RM66juta (£10.5juta) dari Everton.

Pemain England itu menjadi pemain termahal Fulham sejak Steve Marlet yang dibeli dari Lyon pada 2001, sekali gus menjadi pemain ke-11 yang hadir di kelab itu dan bakal digandingkan dengan Bobby Zamora.

Perpindahan Johnson tergendala sebelum ini ekoran masalah kecederaan lama tetapi Pengurus Fulham, Roy Hodgson, tetap bersemangat mendapatkan khidmatnya.

Pemain berusia 27 tahun itu, menandatangani kontrak selama empat tahun, sekali gus bermakna Johnson kembali ke London selepas meninggalkan kota raya itu dengan berpindah ke Everton dengan nilai RM54juta (£8.6juta) dari Crystal Palace.

Di Merseyside, Johnson membuat 73 penampilan dan menjaringkan 22 gol tetapi kehadiran Aiyegbeni Yakubu dari Middlesbrough menjadikannya tidak lagi kesebelasan utama David Moyes.

Villa dan Silva kekal di Valencia

David Villa

David Silva

TIMBALAN Presiden Valencia, Fernando Gomez, pasti ayam tambatan kelab itu, David Villa dan David Silva akan kekal meskipun masih belum mencapai kata putus untuk memperbaharui kontrak mereka.

Bagaimanapun Gomez sudah pun mengadakan perbincangan dengan ejen dua pemain berkenaan dan berpuas hati.

Khamis, 7 Ogos 2008

Drama perpindahan Ronaldo bersambung musim depan: Ronaldo kekal di Old Trafford. Sekurang-kurangnya satu musim.

Soccernet: Ya, saya akan kekal di Old Trafford. Sekurang-kurangnya satu musim lagi!
Selepas berbincang dengan Ferguson The Hairdryer, saya buat keputusan ini. Dengan sepenuh jiwa raga saya!
Tapi saya berdoa, selepas musim depan saya dapat menyarungkan jersi The Galectico!

AKHIRNYA drama perpindahan Cristiano Ronaldo tamat apabila pemain Manchester United itu mengesahkan kekal di Old Trafford sekurang-kurangnya untuk semusim lagi.

Pemain sayap Portugal yang sebelum ini dikaitkan dengan Real Madrid, berkata demikian dalam wawancara dengan media di negaranya selepas menegaskan keinginannya bermain dengan Galectico tetap ada.

Ronaldo turut memuji Pengurus Kelabnya, Sir Alex Ferguson yang sanggup ke Portugal selepas Kejuaraan Eropah, Euro 2008, untuk berbincang dengannya.

Dengan pengesahan itu, peminat United boleh menarik nafas lega kerana pemain berkenaan menjaringkan 42 gol pada musim lalu dan membantu kelabnya untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-juara.

Ronaldo juga hampir pasti bakal dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia yang akan diumumkan pada Disember ini.

Ronaldo berkata, beliau dan Ferguson saling mendengar pandangan masing-masing sehingga mencapai kata putus bahawa tindakan terbaik untuk dua pihak adalah kekal di Old Trafford.

"Oleh itu, saya boleh mengesahkan pada musim depan, saya akan bermain untuk Manchester United.

"Sebelum khabar angin bertiup yang mengatakan saya akan bermain di luar kehendak saya, saya mahu menjelaskannya - sesiapa saja berkata atau menulis begitu sebenarnya adalah berbohong.

"Saya akan bermain untuk Manchester dengan sepenuh hati dan jiwa saya. Saya akan berjuang dan menghormati jersi saya dengan komitmen dan dedikasi seperti sebelum ini," katanya.

Lebih daripada itu, Ronaldo turut sanggup menggambil tanggungjawab terhadap isu perpindahannya yang berlangsung selama beberapa bulan, sekali gus merosakkan hubungan United dengan Real Madrid.

"Saya bertanggungjawab terhadap kontroversi ini. Saya yang menguar-uarkan keinginan untuk ke Real Madrid.

"Akhirnya saya mahu menamatkannya dengan mengambil tanggungjawab terhadap hubungan buruk antara dua kelab," katanya.

Meskipun mengambil tanggungjawab, Ronaldo tetap mengulang hasratnya untuk bermain dengan Real belum padam dan tidak menutup kemungkinan akan berhijrah ke gergasi La Liga itu.

"Saya tahu Real Madrid mempunyai minat untuk mengambil saya sehingga dikatakan sanggup membuat tawaran lumayan kepada Manchester United.

"Keinginan saya, pada satu masa nanti, Manchester akan menerima perpindahan saya ke Madrid. Sekiranya saya berkata sebaliknya, ia hanya memperdaya orang dan hati nurani saya sendiri," katanya.

Dengan pengesahan itu, tentunya dapat memberikan ruang kepada Ferguson sama ada untuk mencari pemain yang mampu sekurang-kurangnya menyaingi kehebatan Ronaldo atau pun mempertingkatkan skil dan kemahiran watak yang sudah sedia ada.

Rabu, 6 Ogos 2008

Perlawanan persahabatan pada 6 Ogos

Huddersfield (1) vs (2) Arsenal
Pemain muda Arsenal membawa pulang Piala Herbert Chapman apabila menjaringkan dua gol lewat permainan -cara dominan pada musim lalu-, sekali gus mengalahkan Huddersfield di Stadium Galpharm, malam tadi. Biarpun tuan rumah mendahului lewat jaringan Luke Beckett, Arsenal memastikan perlawanan sempena 100 tahun Huddersfield yang pernah menguruskan dua pasukan terbabit memihak kepada mereka melalui gol Sanchez Watt dan Nacer Barazite.

Newcastle (2) vs (2) PSV Eindhoven
Dua gol Newcastle lewat Steven Taylor dan Danny Guthrie dalam 10 minit pertama dinafikan PSV Eindhoven apabila berjaya menyamakan kedudukan melalui Ibrahim Afellay serta Nordin Amrabat dalam perlawanan persabahatan di St James' Park.

Manchester United (0) vs (0) Juventus

Celtic (0) vs (0) Manchester City

Selasa, 5 Ogos 2008

Revolusi Ramos jadikan Spurs taukey besar

SELEPAS Chelsea menjadi taukey besar dengan membeli sesiapa saja yang pandai menggelecek bola dan diikuti Manchester United yang membuka dompet mereka untuk membeli bintang Portugal, gelaran kelab berbelanja mewah membeli pembeli pada musim ini mungkin milik Tottenham Hotspur.

Nampaknya Spurs tidak lokek untuk melaburkan wang besar dalam memastikan kelab itu berupaya memberikan saingan sengit kepada empat gergasi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurus Spurs, Juande Ramos, sudah pun melihat keupayaan kelabnya pada musim lalu terutama pada barisan pertahanan, sekali gus membuat perubahan besar-besaran melalui Revolusi Ramos apabila tingkap perpindahan pemain dibuka.

Terbaru, Ramos berkira-kira membelanjakan sehingga RM383juta (£60juta) untuk mendapatkan khidmat tiga pemain antarabangsa, iaitu David Villa, Andrei Arshavin dan Vedran Corluka, seperti yang dilaporkan media United Kingdom (UK).

Ini menjadikan jumlah wang yang bakal dilaburkan di White Hart Lane menjangkau £100juta atau RM640juta kerana kelab yang menjadi antara paling banyak dibolosi pada musim lalu itu sudah pun membelanjakan RM256juta (£40juta) untuk lima pemain barunya.

Lima pemain itu ialah pemain England, David Bentley; bintang Croatia, Luka Modric; penjaga gawang PSV, Gomes; bintang remaja sensasi Barcelona, Giovanni Dos Santos dan pemain Crystal Palace, John Bostock.


Pemain Sepanyol, Villa yang menjadi pemacu penting dalam membantu La Rojas merangkul Kejuaraan Eropah, Euro 2008, dilaporkan mahu menyertai Spurs berbanding Real Madrid.

Tottenham dikatakan bersedia untuk melaburkan RM205juta (£32juta) untuk mempertajamkan barisan serangannya, sekali gus memecahkan rekod perpindahan termahal British. Ini tidak termasuk dengan tawaran gaji bernilai RM640,000 (£100,000) seminggu.

Wang sudah tentu tiada masalah buat Spurs seandainya kelab itu menjual penyerang cacing kepanasannya, Dimitar Berbatov dengan nilai RM192juta (£30juta) kepada Manchester United.


Selain Villa, penyerang antarabangsa Russia, Arshavin, dari kelab Zenit St Petersburg turut menjadi nama yang dipancing dan hampir pasti menjadi milik Spurs apabila kelab asalnya bersedia menurunkan harga kepada RM134juta (£21juta).

Meskipun, harga yang ditawarkan Spurs hanya RM100juta (£15.6juta) tetapi dana yang diperoleh daripada jualan Robbie Keane kepada Liverpool sebanyak RM128juta (£20juta) boleh menampung kos itu.

Meskipun Spurs hanya menawarkan RM320,000 (£50,000) seminggu, Arshavin masih berhasrat berpindah ke London.


Sementara itu, pertahanan Spurs yang mudah dirobek pada musim lalu tidak terlepas daripada perhatian Ramos yang bersedia memebeli pemain pertahanan Manchester City, Corluka.

Pemain antarabangsa Croatia yang bernilai RM43juta (£6.8juta) itu, berupaya mengisi kelemahan barisan pertahanan White Hart Lane ekoran kebimbangan terhadap tahap kecergasan Kapten Ledley King, selain persembahan yang tidak konsisten Michael Dawson.

Corluka yang bermain untuk posisi right-back di Eastland berupaya digandingkan dengan Jonathan Woodgate sebagai pertahanan dalam memastikan gawang Spurs tidak lagi mudah dirobek.

Twist dalam drama Ronaldo

Karikatur oleh Niall O'Loughlin, pelukis karikatur terkenal dari Ireland.

TWIST pada drama perpindahan Ronaldo mungkin menyaksikan pemain sayap Manchester United itu dibenarkan berpindah pada musim depan selepas kelab juara EPL terdesak untuk mengekalkannya di Old Trafford.

Akhbar The Sun melaporkan keluarga Glazer yang memiliki Red Devils bosan dengan drama saga yang berlaku, lalu bersedia untuk menamatkannya secepat mungkin sama ada terus mengikat Ronaldo atau sebaliknya.

Madrid menawarkan kira-kira RM450 juta (£70juta) untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu, sekali gus menjadikannya rekod dunia yang boleh melangsaikan sebahagian besar hutang Manchester United.

Hanya Pengurusnya, Sir Alex Ferguson yang berkeras untuk menghalang perpindahan Ronaldo, manakala sudah ada suara dari dalam yang mempersoalkan kewajaran terus menahan pemain Portugal itu.

Nistelrooy bersara




PENYERANG Belanda, Ruud van Nistelrooy, mengumumkan persaraan kali keduanya daripada pentas antarabangsa untuk memberikan tumpuan kepada Real Madrid.

Van Nistelrooy sebelum ini berbuat demikian pada Januari tahun lalu apabila Jurulatih Belanda, Marco van Basten mencicirkan namanya selepas persembahan yang mengecewakan dalam kempen Piala Dunia.

Bekas pemain Manchester United yang kini berusia 32 tahun itu, merasakan sudah tidak mampu untuk memberikan komitmen kepada negara dan kelabnya sekali gus.

Van Nistelrooy yang membantu Galectico menjuarai La Liga sebanyak dua kali itu, berkata: "Selepas saya melihat program di Real Madrid dan Oranje, saya membuat kesimpulan ia memberikan beban yang sangat berat kerana memerlukan tenaga fizikal. Saya tidak mempunyai pilihan lain lagi.

Penyerang berbisa itu menjaringkan 33 gol dalam 64 penampilan pada peringkat antarabangsa dalam tempoh sedekad bersama dengan Belanda termasuk dua gol dalam Kejuaraan Eropah, Euro 2008, sekali gus membantu Belanda melayakkan ke pusingan suku akhir sebelum terpaksa akur kepada Russia.

Keputusan perlawanan persahabatan kelab EPL dan La Liga

Ipswich (3) vs (5) West Ham United
Penyerang England, Dean Ashton, melakukan jaringan hat-trick untuk membantu West Ham membenam kelab Kejuaraan Coca-Cola, Ipswich di Portman Road. Craig Bellamy dan David Noble turut menjaringkan gol untuk mengukuhkan penguasaan West Ham, manakala Ipswich memperoleh jaringan melalui Owen Garvan dan Alan Lee.

Aris (1) vs (1) Bolton Wanderers
Bolton lewat Grant McCann mengikat kelab Greek, Aris di Stadium Kleanthis Vikelides, Greek, tetapi penjaga gol baru kelab EPL itu, Ali Al Habsi tampil sebagai hero dengan melakukan aksi hebat di pintu gol.

Oxford (1) vs (2) Portsmouth
Jaringan Papa Bouba Diop dan Jermain Defoe memberikan kemenangan tipis kepada Porstmouth di Stadium Kassam, manakala Oxford memperoleh satu gol melalui Alex Fisher yang menewaskan penjaga gol, David James, pada masa kecederaan.

Colchester (1) vs (2) Athletic Bilbao
Bilbao menjaringkan dua gol termasuk dari kotak penalti untuk menewaskan kelab Kejuaraan Coca-Cola.

Isnin, 4 Ogos 2008

R bukan untuk Ronaldo, tapi Rafael Van Der Vaart!


HASRAT pemain tengah Belanda, Rafael Van Der Vaart untuk menyertai Galactico tercapai apabila kelabnya di Bundesliga, Hamburg, bersetuju dalam rundingan dengan Real Madrid.

Van der Vaart akan membuat penampilan di Bernabeu esok selepas spekulasi perpindahannya bertiup berminggu-minggu sebelum ini, sebelum Madrid mengadakan rundingan dengan Hamburg di London.

Pemain yang bakal mengekori rakan sepasukannya, Wesley Sneijder itu, dilaporkan bernilai RM66juta (€13juta) dan menandatangani kontrak yang mengikatnya di Madrid selama lima tahun.

"Semalam (Ahad) semuanya mencapai kata sepakat dan saya sekarang akan berpindah ke Real Madrid," kata Van der Vaart dalam laman webnya.

"Seperti yang diketahui semua pihak, saya memang mahu berpindah ke Sepanyol kerana saya mempunyai ikatan yang kuat dengan negara itu. Sekarang, saya akan bermain untuk Real Madrid... mimpi saya bertukar menjadi realiti!

"Menoleh ke belakang untuk beberapa tahun ini, saya sangat gembira kerana berpeluang untuk bermain dengan HSV. Tidak ada kelab dan tidak ada peminat yang melayan anda dengan lebih kemesraan berbanding apa yang mereka lakukan. Terima kasih banyak-banyak untuk itu -Sylvie dan saya tidak akan melupakan anda semua!" katanya.

"Tengah hari esok (Selasa), saya akan tampil di Real Madrid. Ini akan memulakan bab baru dalam hidup saya. Saya akan melakukan apa saja untuk membantu pasukan dan kelab untuk memenangi banyak piala," katanya.

Bola kempis: Membuka topeng Peter Kenyon yang sebenarnya?

Klu: Lihat bayang-bayang mereka!

Siapakah pejuang di alam penuh misteri?

King apa? Yang pasti bukan king kong!

Dunia bola sepak adalah refleksi pada dunia... kartun?

Sekurang-kurangnya golongan peguam boleh menarik nafas lega. Mereka tidaklah sejahat yang disangka!

Siapa mahu jadi drakula? Siapa pula mahu jadi frankistein?

Saya mahu itu... errr... saya mahu yang ini juga... eh.. yang sana pun sedap juga!

Siapakah sebenarnya Peter Kenyon?

Sumber: The Guardian
 

blogger templates | Make Money Online