
PETER Crouch bersedia untuk bermati-matian melonjakkan kelabnya, Portsmouth, dalam memulakan cabaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menumbang Juara EPL, Manchester United dalam perlawanan Community Shield di Stadium Wembley, Ahad ini.
Penyerang England yang tinggi lampai itu, bakal beraksi dengan Portsmouth selepas kembali ke Fratton Park dengan yuran perpindahan RM70juta (£11juta) dari Liverpool.
Crouch yang akan digandingkan dengan Jermain Defoe untuk melakar sejarah baru selepas memenangi Piala FA pada musim lalu itu, sudah tidak sabar untuk beraksi dalam kesebelasan utama Portsmouth untuk merencatkan kegemilangan Red Devils berkenaan.
Beliau berkata: "Saya mempunyai memori indah dalam Community Shield. Saya menjaringkan gol kemenangan pada dua tahun lepas apabila Liverpool menewaskan Chelsea dengan jaringan 2-1.
"Ahad ini akan menampilkan perlawanan yang sukar tetapi kecergasan kami berada pada tahap maksimum dan bersedia serta berharap dapat memberikan saingan kepada mereka," katanya.
Crouch berpeluang turun sebagai kesebelasan utama apabila hero Portsmout dalam final Piala FA lepas, Kanu, berdepan dengan masalah kecergasan, manakala penyerang lain, David Nugent pula mengalami masalah kecederaan.
Kapten So Campbell pula sudah pun pulih daripada jangkitan virus dan dijangkakan turun untuk mengetuai pasukannya berdepan dengan Man United.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan