Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Selasa, 1 Julai 2008

Perkembangan terkini: Everton

Everton
Perkembangan terkini

Penyerang Everton, Andy Johnson dipercayai dalam proses perpindahan ke Fulham yang menelan belanja RM 83juta (£13juta) tetapi sedikit terganggu kesan daripada tanda kecederaan lututnya.

Pengurus Everton, David Moyes, melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan dalam pasaran perpindahan pemain boleh merosakkan perancangannya untuk musim baru.

Perkembangan Johnson juga boleh menjejaskan proses pembelian pemain Real Zaragoza, Diego Milito, sekali gus memberikan kesan kepada cabarannya pada musim ini kerana Everton belum membeli pemain baru meski pun dikaitkan dengan beberapa pemain seperti Vagner Love, Darren Bent dan Joao Moutinho.

Moutinho berkemungkinan besar untuk menyertai Everton walaupun kelabnya, Sporting Lisbon menolak bidaan kelab EPL itu pada nilai RM75juta (£11.8juta) kerana menganggap nilai pemain tengah itu lebih mahal ekoran persembahan hebat dalam Kejuaraan Eropah, Euro 2008 dalam pasukan Portugal.

Pemain posisi left-back, Leighton Baines, mungkin digugurkan dengan tempatnya boleh digantikan pemain Blackburn, Stephen Warnock.

Everton turut bersaing dengan Rangers untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Slavia Prague, Marek Suchy.

Selain itu, pemain tengah Cameroon, Stephane M'Bia mungkin menjadi pemain pertama yang dibeli dalam tempoh perpindahan yang menelan belanja sebanyak RM26juta (£4juta) dari Rennes.

Pemain tengah Manchester City, Michael Johnson, turut diambil kira oleh Everton, selain pemain Amerika Michael Bradley dan pemain Sepanyol, Joaquin.

Everton turut membida pemain tengah Schalke, Orlando Engelaar dengan nilai RM38juta (£6juta).

Target:-


1. Pemain pertahanan Slavia Prague, Marek Suchy.

2. Pemain pertahanan Argentina, Pablo Aimar.

3. Pemain tengah Manchester City, Michael Johnson.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN EVERTON

MASUK

-

KELUAR

Tanpa yuran

Darren Dennehy ke Cardiff

Jamie Jones ke Leyton Orient

Lee Carsley ke Birmingham City

Dilepaskan

Aidan Downes

Bjarni Vidarsson

James Hall

Patrick Boyle

Ryan Harpur

Shaun Densmore

Stefan Wessels

Stephen Connor

Steven Morrison

Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online