
Tottenham Hotspur bersedia untuk membeli penyerang Blackburn Rovers, Roque Santa Cruz, sebagai galang ganti kepada bintang yang bakal meninggalkan mereka, Dimitar Berbatov.
Spurs menolak bidaan Manchester United terhadap Berbatov yang bernilai RM128juta (£20juta) tetapi Pengurus United, Sir Alex Ferguson dipercayai akan meningkatkan tawarannya kepada RM160juta (£25juta).
Selain Berbatov, dua penyerang Spur, Robbie Keane dan Darren Bent, turut dipercayai bakal meninggalkan kelab London itu, sekali gus Spur terpaksa menyenaraikan penyerang baru yang harus dibeli termasuklah penyerang Real Zaragoza, Diego Milito dan pembidik Ajax, Klaas-Jan Huntelaar.
Pengurus Spurs, Juande Ramos bakal bersaing dengan Arsenal yang turut menyasarkan Santa Cruz yang menjaringkan 23 gol pada musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai usaha memperbaharui barisan serangannya. (Soccernet)
Shevchenko kembali ke Itali, bukan ke AC Milan, tapi Sampdoria!
Pengurus Besar Sampdoria, Beppe Marotta, bakal membawa pulang penyerang Chelsea yang hilang sengat, Andriy Shevchenko ke Serie A di Itali.
Shevchenko berdepan dengan kemelut dalam dua musim di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berpindah dari AC Milan dengan yuran perpindahan bernilai RM192juta (£30juta) pada 2006 dan dikaitkan untuk kembali ke Itali melalui San Siro.
Marotta berkeyakinan kelabnya dapat menarik penyerang Ukrain itu melalui pinjaman tetapi mengakui tuntutan gaji mungkin memberi masalah kepada kelabnya.
Pada musim lalu, Sampdoria berjaya membawa pulang penyerang Itali, Antonio Cassano, yang turut menghadapi musim sukar di Real Madrid. (Goal.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan