Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Sabtu, 26 Julai 2008

Bola kadang-kala membosankan, atau...

Gambar: Jon Hrusa/EPA

BOLA sepak, kadang-kala membosankan. Atau mungkin tumpuan berlebihan pada spekulasi perpindahan Cristiano Ronaldo ke Real Madrid membosankan Wayne Rooney? Atau pun berada di luar negara sehingga tidak boleh berfoya-foya juga boleh bikin Ronn boring?

Rooney menyertai Manchester United dalam rangka perlawanan persahabatan di Afrika termasuk bertemu dengan Portsmouth di Abuja, Nigeria, sebelum berdepan dengan Kaizer Chiefs di Afrika Selatan.

Dalam perkembangan lain, Manchester United dilaporkan bakal membayar RM207.3juta (£32juta) untuk mengubah perjanjian pinjaman Carlos Tevez kepada perjanjian tetap yang menyaksikan penyerang Argentina itu menjadi pemain tetap Man U.

Trivia bola sepak: Muntari


Sulley Ali Muntari

Dari: Portsmouth

Ke: Inter Milan

Sebelum menyertai kelab Itali, Udinese, Muntari hampir-hampir berhijrah ke Manchester United selepas membuat persembahan yang memukau dalam latihan di Old Trafford tetapi Red Devils tidak mencapai persetujuan mengenai bayaran dengan Liberty Professionals di Ghana.

Hidup baru buat Robinson di Blackburn


PENJAGA gol Tottenham Hostpur, Paul Robinson, yang dikaitkan dengan banyak insiden bolos memalukan, bakal memulakan hidup baru di Ewood Park apabila Blackburn membelinya dengan bayaran RM22.7juta (£3.5juta).

Robinson bakal mengharapkan dapat memulihkan kreadibilitinya sebagai penjaga gol selepas melalui kemerosotan bermula daripada kesilapannya sebagai penjaga gol England dan hilang posisi penjaga gol pertama di bawah Revolusi Juande Ramos.

Ramos lebih cenderung menggunakan khidmat penjaga gol Radek Cerny, selain baru-baru ini membeli seorang lagi penjaga gol, Heurelho Gomes.

Jumaat, 25 Julai 2008

Deco: Usia bukan penghalang

Siapa lebih tua, wahai orang tua?

DENGAN usia 30 tahun, pemain Portugal yang berasal dari Brazil, Deco, yakin masih mampu memberikan sumbangan dalam memastikan kelab barunya, Chelsea, kembali mengungguli Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.

Keyakinan bekas pemain Barcelona itu sebagai sahutan terhadap komen sinis Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson, yang menyindir Chelsea sebagai pasukan yang meningkat usia, sekali gus terpaksa berhempas-pulas untuk menamatkan penguasaan kelab juara EPL itu dua musim berturut-turut.

Berbekalkan pengalaman di Portugal lewat Porto dan Sepanyol melalui Barcelona, Deco yakin dapat menggemblengkan tenaga serta skilnya di barisan tengah bersama-sama Frank Lampard yang kini berusia 30 tahun dan Michael Ballack yang berumur 31 tahun.

Deco yang turun dalam perlawanan persahabatan dengan Guangzhou Pharmaceutical yang berakhir dengan kemenangan Chelsea, 4-0, bersedia untuk menjana kemenangan kelab Inggeris itu.

Barcelona mengamuk

BARCELONA membelasah kelab Liga Perdana Scotland (SPL), Hibernian, dalam perlawanan persahabatan di Murrayfield yang menyaksikan kesudahan 6-0.

Josep Guardiola meraikan kemenangan pertamanya sebagai Pengurus Barca apabila anak buahnya mengamuk dengan dua jaringan daripada Eidur Gudjohnsen, manakala Lionel Messi, Pedro, Bojan dan Yaya Toure masing-masing menjaringkan satu gol.

Khamis, 24 Julai 2008

Bola kempis: Sir Alex Furgeson

Tugas pertama Fergie dan pembantu barunya ialah membuat penentuan dengan Ronaldo. Oleh Alexandra Garman.

Siapa benteng terakhir England? Robinson? James? Bukan, Almunia!

Sebut betul-betul: Almunia!

SELEPAS merampas jersi penjaga gol nombor satu Arsenal, Manuel Almunia bersedia untuk melancarkan kudeta (rampasan kuasa) sekali dengan mengambil alih posisi benteng terakhir England apabila beliau layak menjadi warga negara British.

Dengan menampilkan persembahan yang kebal di utara London, peminat The Gunners mengwar-warkan namanya supaya disenaraikan dalam pasukan England pada musim lalu.

England yang kontang daripada penjaga gol hebat, Capello mungkin mahu menguji penjaga gol berbangsa Sepanyol itu untuk menjaga gawang Three Lions.

Sepanyol yang sudah mempunyai senarai penjaga gol seperti Casillas dan Valdes, mungkin mendorong Almunia beralih ke negara jirannya.

Penjaga gol berusia 31 tahun itu menerima pasport British pada 29 Disember ini, tepat pada masanya untuk memainkan peranan penting dalam ujian kelayakan Piala Dunia, sekiranya Capello bosan pada David James.

Penyerang yang tidak gembira


DJIBRIL Cisse mahu pulang ke Liga Perdana Inggeris (EPL)? Tidak ada pasukan di EpL yang sanggup membeli sesiapa saja melainkan Manchester City. Cisse yang dilaporkan tidak gembira di kelabnya sekarang, Marseille, kerana keluarganya masih di Cheshire, England. Dengan barisan serangan City yang tumpul seperti yang diperlihatkan pada musim lalu, apa salahnya pengurusnya, Mark Hughes bergantung harap pada penyerang yang sebelum ini bergelut dengan masalah kecederaan?



NAMPAKNYA ramai penyerang yang tidak gembira. Didier Drogba tidak terkecuali dan kali ini dikaitkan kepada pertukaran pemain dengan penyerang Real Madrid, Robinho. Selain Real Madrid, musuh ketatnya, Barcelona turut bersedia menawarkan 15 juta Euro untuk mendapatkan khidmat penyerang itu.

Rabu, 23 Julai 2008

Perlawanan persahabatan EPL

PEMAIN tengah Aston Villa, Gareth Barry, yang berura-ura untuk berhijrah menjadi mangsa ejekan dalam pertembungan persahabatan kelabnya dengan Walsall di Stadium Bescot.

Barry yang meletakkan destinasi pilihannya pada Liverpool sebelum ini, didenda dan tidak dibenarkan memasuki pusat latihan awal bulan ini selepas mengkritik Pengurus Aston Villa, Martin O'Neill.

Dalam perlawanan persahabatan itu, Aston Villa menumpaskan Walsall dengan tiga jaringan berbalas dua melalui dua jaringan Shaun Maloney dan satu gol oleh Wayne Routledge, manakala pasukan tuan rumah beroleh jaringan melalui Alex Nicholls serta Patrick Suffo.

Sementara itu di Stadium Haladas VSE, pasukan pemain muda Arsene Wenger gagal menunjukkan taring mereka selepas terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri satu sama dengan pasukan dari Hungary, Szombathelyi Haladas.

Tuan rumah mendahului jaringan melalui Krisztian Kenesei pada minit ke-25 dengan mengambil kesempatan kelemahan benteng pertahanan Arsenal, sebelum Theo Walcott menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-42.

Wigan Athletic pula terpaksa akur dengan pasukan Bundesliga, Eintracht Frankfurt di Austria selepas pasukan itu menjaringkan gol melalui Amanatidis dan Markus Steinhofer dengan keputusan 2-0.

Nasib Wigan turut dikongsi pendatang baru Liga Perdana Inggeris (EPL), Stoke City yang tumpas kepada FC Nurnberg di Stainach, Austria, dalam perlawanan yang menyaksikan hanya satu gol dijaringkan.

Everton pula menang tipis dalam perlawanan persahabatan dengan Preston di Deepdale melalui jaringan tunggal Andrew Johnson yang dikaitkan dengan perpindahan.

Hull pula menang selesa 3-0 ke atas Chesterfield dengan gol daripada Geovanni, Dean Windass dan Caleb Folan.

Dua gol pada lewat permainan memberikan kelegaan kepada West Brom yang terikat 2-2 dalam perlawanan persahabatan dengan di Shrewsbury.

Selasa, 22 Julai 2008

Pemain terbaik dunia, bukan Kaka, bukan Ronaldo, tapi Amr Zaki!

Sebut betul-betul nama saya: Amr Zaki!

WIGAN Athletic berjaya mendapatkan penyerang paling prolifik berdasarkan gol setiap permainan dalam senarai Fifa, Amr Zaki dari kelab Mesir, El Zamalek.

Pemain berusia 25 tahun itu, berkeyakinan penuh untuk mencipta nama di England selepas membantu negaranya memenangi Piala Afrika dua tahun berturut-turut.

Portsmouth mengganas, Blackburn kecundang

PETER Crouch menjaringkan dua gol pertamanya dengan Portsmouth dalam perlawanan persahabatan menentang Bournemouth, sekali gus seolah-olah membuktikan kepada Rafael Benitez ketajaman naluri penyerangnya.

Crouch menjaringkan dua gol itu pada separuh masa kedua dalam perlawanan yang menyaksikan Portsmouth menumpaskan kelab yang pernah dikendalikan Harry Redknapp dengan keputusan 4-1.

Sulley Muntari memulakan jaringan pada separuh masa pertama, sebelum Crouch mengganas dengan sepakan percuma sebelum menanduk masuk gol ketiga, manakala rakan penyerangnya, Jermain Defoe menjaringkan gol terakhir.

Bournemouth mendapat gol sagu hati pada minit ke-80.

Di AUSTRIA, Blackburn Rovers, Paul Ince, mendapat pengajaran yang menyakitkan apabila pasukannya tewas kepada pendatang baru Bundesliga, TSG 1899 Hoffenheim dalam perlawanan persahabatan.

Blackburn hanya berjaya menjaringkan satu gol melalui jaringan penyerang Benni McCarthy yang melalui musim lalu yang mengecewakan.

Hoffenheim memulakan rentaknya pada minit keenam separuh masa kedua melalui dua jaringan Christoph Janker dan satu gol oleh Matthias Jaissle.

Makelele: Bye, bye, The Blues!



CLAUDE Makelele tidak lagi bergelar The Blues apabila kelab Perancis, Paris St Germain, mengumumkan mereka mencapai persetujuan dengan pemain tengah veteran itu.

Makelele yang berusia 35 tahun dan bersara daripada Perancis selepas Kejohanan Eropah, Euro 2008, akan diumumkan sebagai pemain PSG serentak dengan pengumuman terma perjanjian.

Beliau mengukuhkan reputasinya bukan saja sebagai pemain tengah pertahanan di Stamford Bridge, bahkan pada peringkat antarabangsa.









Isnin, 21 Julai 2008

Florent Malouda



Kelab sekarang: Chelsea

Kelab dikaitkan: Roma

Selepas melalui musim yang mengecewakan di Stamford Bridge, Malouda mungkin berpindah ke Roma sekiranya Chelsea menerima bidaan kelab Itali itu. Malouda menjadi nama besar kedua yang dikaitkan dengan Roma selepas Julio Baptista selepas kapten pasukan itu, Franecsco Totti mengkritik kelab terbabit supaya membeli sekurang-kurangnya dua pemain bertaraf bintang.



Samuel Eto’o



Kelab sekarang: Barcelona

Kelab dikaitkan: Chelsea, Tottenham Hotspur

Eto’o bakal mengikut jejak langkah pemain bintang di Barcelona, Ronaldinho, Deco dan Gianluca Zambrotta yang meninggalkan Nou Camp, selepas kelab Sepanyol itu melalui dua musim getar tanpa piala.

Dengan Spurs di bawah rejim Juande Ramos hampir pasti kehilangan penyerangnya, Dimitar Berabtov dan Robbie Keane ke kelab ‘Big Four’, Manchester United serta Liverpool, Eto’o sesuai mengisi kekosongan mereka.

Fabregas mungkin ekori saya: Hleb

Hleb (kiri): Fab, jom ikut aku ke Barca! Kita kasi havoc itu Catalan!

SEKIRANYA telahan pemain Arsenal, Alexander Hleb, boleh diterima, kelab Inggeris itu bakal dilanda masalah dalam saingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Cesc Fabregas turut mengambil keputusan untuk berhijrah ke Barcelona.

Helba meninggalkan Arsenal untuk menyertai Barcelona dengan kontroversi apabila beliau pernah menggelarkan Fabregas sebagai pentingkan diri, manakala dalam wawancara yang sama itu juga beliau mengkritik Pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Pemain Belarus itu nampaknya masih belum puas membiarkan bekas kelabnya sehingga sanggup memancing Fabregas untuk kembali ke Barcelona.

Hleb berkata, Fabregas menjelaskan banyak perkara mengenai kelab itu kepadanya termasuk semasa berada dalam akademi bersama-sama pemain seperti Gerard Pique dan Lionel Messi.

"Dia menyayangi kelab ini. Sekarang dia berada di Arsenal, tetapi siapa tahu pada masa depan, dia akan pulang ke Barcelona?

"Dia menjadi kawan baik saya di Arsenal bersama-sama (Mathieu) Flamini," kata Hleb pada Barca TV, manakala mengenai Thierry Henry, beliau memujinya, "Dia rakan saya. Kami habiskan dua tahun bersama. Kami memahami antara satu sama lain dan saya gembira kembali bersama-samanya."

Mengenai pertembungan Barcelona dan Arsenal dalam Liga Juara-juara peringkat akhir, beliau berkata: "Sudah pasti saya masih mengingatinya. Ia permainan yang sangat penting dalam kehidupan saya. Kami kalah tetapi saya fikir ia permainan yang hebat.

"Saya harap dapat memenangi Liga Juara-juara dengan Barca - dan bertemu dengan Arsenal pada final musim ini.

"Saya tidak kisah di mana posisi saya. Di mana saja jurulatih arahkan, di situlah posisi saya.

"Saya banyak belajar dengan Arsene Wenger di Arsenal. Beliau mengajar saya untuk bermain di pelbagai posisi dan sekarang saya tidak bermasalah untuk bermain di mana-mana saja.

"Corak permainan Barca mengkagumkan. (Gaya) permainan Barca dan Arsenal adalah yang terbaik di dunia.

"Saya ke Arsenal dan saya tahu mereka bermain secara menyerang. Saya harap dapat mempraktiskannya di sini sekarang," katanya.

Ahad, 20 Julai 2008

Van Persie ikut jejak majoriti pemain Arsenal: Tinggalkan kelab?!

Van Persie (kiri): Bro, bukan kau seorang yang nak tinggalkan Arsenal!

PEMAIN
Arsenal, Robin van Persie menarik minat kelab Itali, Juventus yang bersedia membida pemain Belanda itu dengan nilai RM97juta (₤15juta).


Sebeum ini, Mathieu Flamini menyertai Juventus diikuti Alexander Helb (Barcelona), manakala Emmanuel Adebayor pula hampir pasti meninggalkan The Gunner sekiranya permintaannya untuk kenaikan gaji ditolak.


Tanpa van Persie, barisan serangan Arsenal berhadapan kemungkinan kehilangan bisa berikutan kecederaan penyerangnya dari Croatia, Eduardo da Silva, sekali gus meninggalkan penyerang muda seperti Theo Walcott, Nicklas Bendtner dan Carlos Vela.

Serie A berupaya menarik minat van Persie ekoran senario liga Itali yang kurang membabitkan ketegangan fizikal berbanding Liga Perdana Inggeris (EPL), selain tarikan kewangan kerana penyerang itu pernah menyuarakan keraguan terhadap pengurusan kewangan Arsenal.

Sabtu, 19 Julai 2008

Suntikan keseronokan ke Chelsea: Kaka!


CHELSEA bersedia melaburkan lebih RM500juta (€100juta) untuk mendapatkan khidmat pemain Brazil, Kaka.

Chelsea dan AC Milan dilaporkan sudah pun dalam perbincangn lanjut dengan wakil pemain terbang ke London awal minggu ini.


Wakil Chelsea turut berkunjung ke Milan untuk membuat pertemuan dengan Timbalan Presiden Rossoneri, Adriano Galliani.


Nama Kaka sudah lama disebut sebagai pemain sasaran Chelsea terutama untuk menyuntik gaya permainan yang menyeronokkan ke dalam pasukan itu.


Galliani sendiri sudah pun memberikan hint, dua minggu lalu, apabila menegaskan yuran perpindahan daripada penjualan Kaka dan Andrea Pirlo boleh melangsaikan hutan kelab itu.

Spekulasi perpindahan 19 Julai

Didier Drogba
Kelab sekarang: Chelsea

Kelab dikaitkan: Barcelona

Dengan penyerang Cameroon, Samuel Eto'o dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran pelbagai kelab, Presiden Barcelona, Joan Laporta, terpaksa mencari galang ganti yang sudah terbukti mampu menjarangkan gol.

Kelab Catalan itu dilaporkan sudah membuat bidaan rasmi dalam usaha membawa penyerang yang berada dalam senarai teratas pemain sasaran Pengurus Barcelona yang baru, Josep Guardiola.


Akhbar Sepanyol mendakwa Barcelona sudah pun berbincang dengan pemain, sekali gus menawarkan kontrak selama dua tahun dengan pilihan sambungan semusim tetapi ditolak kerana Drogba mahukan kontrak selama tiga tahun.


Cristiano Ronaldo

Kelab sekarang: Manchester United

Kelab dikaitkan: Real Madrid

Sir Alex Ferguson menegaskan ayam tambatannya, Cristiano Ronaldo, akan kekal di Manchester United meskipun cuba dipancing Real Madrid.

Ronaldo pernah memberikan isyarat untuk meninggalkan Old Trafford tetapi pertemuannya dengan Ferguson di Portugal awal minggu ini menambahkan keyakinan pengurus itu tentang masa depan pemain berkenaan.



Frank Lampard
Kelab sekarang: Chelsea

Kelab dikaitkan: Inter Milan


Inter Milan meningkatkan bidaan kepada RM71.3juta (₤11juta) untuk membawa Lampard ke San Siro selepas tawaran mereka pada nilai RM58.3juta (₤9juta) ditolak pada minggu lalu.

Sekiranya Chelsea menerima tawaran itu, ia bermakna juara Serie A membayar hampir dua kali ganda berbanding nilai yang mula-mula disebut, iaitu RM42.1juta (₤6.5juta).

Presiden Inter, Massimo Moratti menegaskan kelabnya tidak akan putus asa untuk mendapatkan bekas pemain West Ham itu yang bukan saja menjadi sasaran utamanya, bahkan Pengurusnya, Jose Mourinho.


Robinho

Kelab sekarang: Real Madrid

Kelab dikaitkan: Barcelona, Chelsea

Penyerang Real Madrid, Robinho yang sebelum ini dikaitkan dengan Chelsea, turut menarik minat saingan kelab itu, Barcelona.


Bagaimanapun, ejen pemain itu, Wagner Ribeiro, mendakwa Blues mungkin berjaya mendapatkan pemain berkenaan kerana Robinho berminat untuk berlatih di bawah pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari.


Akhbar di Sepanyol pula menimbulkan spekulasi baru dengan mendakwa Barcelona bersedia membida pemain itu yang mungkin dipersetujui Presiden Catalan, Joan Laporta dan Pengurusnya, Pep Guardiola.



Robbie Keane
Kelab sekarang: Tottenham Hotspur

Kelab dikaitkan: Liverpool


Liverpool hampir selesai mendapatkan penyerang Tottenham Hotspur, Robbie Keane, yang sebelum ini dikaitkan bakal meninggalkan White Hart Lane pada musim panas ini selepas Revolusi Ramos melanda kelab berkenaan memerlukan kewangan distabilkan melalui penjualan pemain.



David Bentley

Kelab sekarang: Blackburn Rovers

Kelab dikaitkan: Tottenham Hotspur, Aston Villa

Blackburn menolak bidaan Tottenham untuk mendapatkan pemain sayap, David Bentley, meskipun pemain itu pernah melahirkan hasrat untuk berpindah ke kelab untuk merealisasikan cita-citanya untuk bermain pada peringkat antarabangsa.


Ini kerana Bentley mahu memastikan kedudukannya dalam barisan pemain utama Fabio Capello dengan kempen kelayakan Piala Dunia sudah bermula.

Jumaat, 18 Julai 2008

Lelaki misteri itu Berbatov

Tunggu, tunggu, aku datang!

PENGURUS
Manchester United, Sir Alex Ferguson, mengesahkan Dimitar Berbatov sebagai penyerang yang menjadi sasaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.


Ferguson turut mendedahkan kelabnya sudah pun mengemukakan tawaran untuk membawa pemain Bulgaria yang menjaringkan 23 gol di Tottenham Hotspur pada musim lalu.


Beliau turut melahirkan keyakinan kelab London itu akan menerima tawarannya, sekali gus menyuntik elemen baru dalam serangan berbisa United dan mengubah fokus umum terhadap drama perpindahan Cristiano Ronaldo.


United dilaporkan menawarkan RM129.6juta (£20juta) plus penyerang.

Mengenai keadaan Owen Hargreaves, Ferguson yakin kecergasan pemain tengah itu akan pulih sepenuhnya seawal musim depan apabila United mempertahankan kejuaraan dengan berdepan dengan Newcastle pada 17 Ogos.


Itulah, jangan lompat tinggi sangat. Nanti cedera!

Hargreaves terlepas kunjungan awal musim United ke Afrika Selatan selepas mengalami masalah kecederaan tendon yang mula dikesan awal musim lepas.

Eto'o merajuk ke Uzbekistan?

Aku mahu pergi jauh!

REUTERS melaporkan penyerang Barcelona, Samuel Eto'o, turut mengambil kira kelab Kuruvchi di Uzbekistan sebagai destinasi penghijrahannya selepas melalui musim getir di kelab Catalan itu.


"Saya menerima tawaran yang baik daripada pelbagai kelab," kata Eto'o dalam sidang media di Tashkent, "Saya bercadang pulang ke Barcelona dan bermula Ahad nanti, saya akan memikirkan pilihan kelab saya, termasuk tawaran daripada Kuruvchi."


Kuruvchi yang menjuarai Liga Uzbek dan berdepan dengan kelab dari Iran, Saipa dalam Liga Juara-juara Asia peringkat suku akhir September nanti, dilaporkan membuat tawaran bernilai RM130juta (AS$40juta) untuk menarik pemain berusia 27 tahun ke Barcelona.

Siapakah lelaki misteri di Man Utd

LAPORAN Sky Sports News: Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United -seperti yang disahkan pengurusnya, Sir Alex Ferguson- bekerja keras untuk membawa pemain yang tidak didedahkan identitinya ke Old Trafford.

Dimitar Berbatov

United sebelum ini dikaitkan dengan penyerang Tottenham Hotspur, Dimitar Berbatov, sejak musim lalu, selain turut mendapat spekulasi ialah penyerang berbisa Blackburn Rovers, Roque Santa Cruz.

Roque Santa Cruz

Masa depan penyerang Belanda, Klaas-Jan Huntelaar turut diperkatakan dengan laporan media terbahagi kepada dua, iaitu pada satu pihak menjangkakan beliau akan terus bersama-sama dengan pengurus Ajax, Marco van Basten, manakala ada spekulasi menyebut akan menyertai United.

Klaas-Jan Huntelaar

Nama yang turut disebut dengan perpindahan ke United ialah penyerang River Plate, Radamel Falcao Garcia yang mempunyai corak permainan mirip Carlos Tevez; penyerang Juventus, Sebastian Giovinco dan penyerang Chile, Alexis Sanchez.

Radamel Falcao Garcia

Sebastian Giovinco

Alexis Sanchez

Khamis, 17 Julai 2008

Hleb sertai Barcelona

Kali ini aku mesti dapatkan piala!

ALEXANDER Hleb bakal menyertai Barcelona dalam rentak kelab itu merampas kembali mahkota liga selepas berhijrah dari Arsenal.

Hleb menjadi pemain kelima yang menyertai kelab Catalan itu selepas menandatangani kontrak perjanjian empat tahun, sekali gus mengekori Seydou Keita, Gerard Pique, Martin Caceres dan Daniel Alves dalam wajah baru skuad musim depan.


Kehadiran pemain kebangsaan Belarus itu menjadi sebahagian daripada ubah suai Barca selepas melalui dua musim tanpa kemenangan, sekali gus memberikan tugas besar kepada Helb untuk mengubahnya.


“Saya mahu memberikan yang terbaik kepada kelab ini. Saya akan merealisasikan cita-cita itu. Sasaran saya adalah untuk memenangi sebanyak-banyaknya trofi,” kata pemain berusia 27 tahun itu yang yuran perpindahannya menelan belanja RM77.1juta (€15juta).

Helb menyertai Barca selepas membuat 129 penampilan dalam tiga musim dengan Arsenal yang sebelum itu berada bersama-sama kelab Jerman, Stuttgart.


Beliau turut berada dalam kesebelasan utama Arsenal sewaktu tewas kepada Barcelona di Paris 2006, sekali gus menurut jejak langkah bekas penyerang kelab Inggeris itu, Thierry Henry. (ESPNsoccernet)

Rabu, 16 Julai 2008

Siapa kata kelab Sepanyol kaya-kaya?

YURAN perpindahan Ronaldinho dari Barcelona ke AC Milan mungkin mencecah RM128.6juta (€25juta). Kelab Athletico Madrid pula meraih keuntungan bernilai RM171.8juta (£26.5juta) daripada penghijrahan Fernando Torres ke Liverpool.

Kesimpulannya, kelab Sepanyol kaya-kaya. Mampu membeli pemain mahal seperti Real Madrid yang mendapat jolokan The Galectico. Pemainnya juga kaya-raya sehingga mendapat gaji puluhan ribu Euro seminggu.


Namun, benarkah pemain bola sepak Sepanyol kaya-raya sehingga mampu hidup dengan berjoli seperti yang berlaku Ronaldinho?


Mungkin tidak sekiranya kita mengambil kira hasrat pemain bola sepak Sepanyol untuk melancarkan mogok beramai-ramai selepas gagal mencapai kata sepakat dengan ketua-ketua La Liga terhadap isu gaji tidak berbayar.


Perbincangan antara Liga Bola Sepak Profesional (LFP) dengan Persatuan Pemain Bola Sepak Sepanyol (AFE) berlangsung selama beberapa bulan terhadap isu tabung gaji yang kontroversi dengan membabitkan kehendak pemain supaya wang ditabungkan bagi pembayaran sekiranya kelab mengalami masalah kewangan.


Ini berikutan krisis yang melanda kelab Levante dengan pemain mereka mengugut untuk melancarkan mogok sebanyak dua kali pada musim lalu apabila tidak menerima gaji beberapa bulan.


Sekiranya gaji mereka tidak dilunaskan atau sekurang-kurangnya diberikan sebahagiannya sebelum 31 Julai, mogok akan dilancarkan.


AFE turut mengemukakan proposal menuntut gaji minimum dengan jaminan bayaran gaji sekurang-kurangnya sebahagian daripada gaji keseluruhan.


Perjanjian antara LFP dengan AFE sejak 1987 memberikan jaminan gaji walaupun kelab tersingkir dari liga dan terbeban dengan hutang tetapi kontrak itu tidak diperbaharui pada 2004.


Akta Bankrupsi (Ley Concursal) membenarkan kelab untuk menyelamatkan mereka dengan membayar sekurang-kurangnya 50 peratus daripada hutang.


Isu ini melanda kelab Levante tetapi Presiden AFE, Gonzalez Movilla mendakwa enam kelab lain berada dalam krisis yang sama.


“Pada tahun ini, ada tujuh kelab yang berada di bawah Ley Concursal dan sekiranya kita tidak melakukan sesuatu, pada tahun depan ia akan meningkat kepada 15 kelab.


“Kami tidak akan membenarkan pekerja kami tidak dibayar gaji,” katanya. (ESPNsoccernet)

Sorry City. Milan, here I come!


AKHIRNYA teka-teki destinasi bintang sensasi Brazil, Ronaldinho, terjawab apabila pemain itu bersetuju menandatangani kontrak perpindahan bernilai RM108juta (€21juta) ke AC Milan hari ini.

Kontrak yang berkemungkinan meningkat kepada RM128.6juta (€25juta) itu, mengekalkan Ronaldinho di kelab Itali itu sehingga 30 Jun 2011.

“AC Milan dan Barcelona sudah mencapai perjanjian pada prinsipnya membabitkan perpindahan Ronaldinho.


“Pemain itu akan berada di Milan esok untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan menandantangani kontrak,” kata kenyataan AC Milan.


AC Milan yang menamatkan saingan Serie A pada kedudukan kelima musim lalu akan bersaing dalam Piala UEFA, sekali gus berjaya menewaskan usaha kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 28 tahun itu.

Ronaldinho menghabiskan lima musim di Nou Camp dan membantu kelab Sepanyol itu merangkul Liga Juara-juara pada 2006, selain memenangi mahkota liga pada 2005 dan 2006.


Pemain Brazil yang dinamakan FIFA World Player of the Year pada 2004 dan 2005 itu, dibenarkan meninggalkan Barcelona selepas mengalami kemerosotan mutu dan kecergasan pada musim lalu. (ESPNsoccernet)

Selasa, 15 Julai 2008

Tuntutan Lampard: Jual dalam 48 jam!

Masa untuk membisu sudah tamat!

LAPORAN akhbar Corriere della Sera: Bintang tengah Chelsea, Frank Lampard menuntut beliau dibenarkan untuk berhijrah ke Inter Milan dalam tempoh 48 jam.


Sebelum ini akhbar Inggeris melaporkan Lampard akan menghabiskan musim terakhir di Chelsea dan meninggalkan kelab itu melalui perpindahan Bosman ke Inter pada musim panas 2009.

Bagaimanapun, Corriere della Sera mendakwa Lampard yang selama ini memilih untuk membisu, akan mengisytiharkan hasratnya berhijrah ke Inter dalam tempoh itu.

Isnin, 14 Julai 2008

Perpindahan Hleb ke Barcelona – Siap!


Pemain tengah Arsenal, Alexander Hleb, akhirnya menamatkan penantian lama untuk berpindah ke Barcelona, lapor akhbar The Sun di London.

Helb sebelum ini terbang ke Catalunya untuk melepasi ujian kesihatan dan bersetuju untuk menandatangani kontrak selama empat tahun dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai RM80.2juta (£12.5juta) dan tambahan sebanyak RM16juta (€2.5juta).

Pemain Belarus yang sebelum ini menyertai Arsenal pada 2005 dengan RM64.1juta (£10juta) itu, bakal menerima bayaran sebanyak RM417,100 (£65,000) seminggu di Nou Camp.

10 perpindahan pemain terhangat (14 Julai)

10. Hatem Ben Arfa (Lyon ke Marseille)

Marseille kehilangan Samir Nasri yang berpindah ke Arsenal, tetapi dapat galang ganti yang sempurna apabila membeli Hatem Ben Arfa. Ironiknya, Ben Arfa turut diintai Pengurus Arsenal, Arsene Wenger. Lebih menarik, Marseille mengikat pemain itu sekurang-kurangnya dua tahun dan berupaya menjana keuntungan bernilai RM41juta hingga RM51juta (€8-10juta).



9. Alberto Gilardino (AC Milan ke Fiorentina)

Pada zahirnya, Fiorentina seolah-olah membeli pemain yang tidak gembira dan penyerang yang hilang bisa. Bagaimanapun, Andrian Mutu turut menunjukkan persembahan yang sama di Juventus. Peminat fanatik akan menyebabkan Gilardino terlupa musim yang tidak memberangsangkan di San Siro dan mengasah kembali sengatnya seperti yang ditunjukkan semasa berada di Parma. Persahabatan dengan Mutu berupaya menghasilkan persembahan istimewa dalam Liga Juara-juara Eropah musim depan.



8. Seydou Keita (Sevilla ke Barcelona)

Pembelian Barcelona yang terbaik pada musim ini terutama selepas melalui musim yang getir sebelum ini. Dengan Yaya Toure di bahagian tengah, gandingan mereka memastikan Andres Iniesta dan Lionel Messi tidak dibuli, sekali gus bebas melancarkan serangan. Nilai RM77.2juta (€15juta) memang berbaloi.



7. Ezequiel Garay (Racing Santander ke Real Madrid)

Barcelona seolah-olah sebelah kaki sudah pun mendapatkan Garay tetapi ragu-ragu kerana terpaksa menanti pengurus baru menggantikan Frank Rijkaard yang meninggalkan kelab itu. Madrid berjaya ‘menculik’ Sergio Ramos beberapa tahun lalu dan kali ini mereka sekali lagi berbuat demikian.



6. Deco (Barcelona ke Chelsea)

Dengan usia 30 tahun, pandangan awal mungkin menganggap zaman Deco sudah berlalu. Bagaimanapun, semangatnya masih berkobar-kobar seperti yang kita lihat dalam Kejohanan Eropah, Euro 2008, sekali gus menunjukkan masih banyak yang dapat diberikan. Meskipun tidak seperti Frank Lampard yang banyak menjaringkan gol, tetapi beliau memiliki ciri yang tidak pernah ada pada Lampard. Sangat kreatif, cepat menguasai permainan dan berkemampuan memperlihatkan persembahan yang membantunya memenangi dua mahkota Liga Juara-juara Eropah dengan dua kelab berbeza. Akhirnya, Chelsea berjaya memperoleh pemain yang boleh menunjukkan persembahan menarik yang dinanti-nantikan. Dengan gandingan Ballack dan Essien, beliau akan menjadi pemain yang menggusarkan lawan.



5. Amauri (Palermo ke Juventus)

Penyerang Brazil-Itali ini menunjukkan potensinya bersama Palermo dan dengan prospek mendapat bantuan bermutu daripada barisan pertengahan di Juventus, pembeliannya amat berbaloi. Champions League, here he comes!



4. Daniel Alves (Sevilla ke Barcelona)

Chelsea, Real Madrid, Liverpool, Manchester United – berbaris untuk mendapatkan khidmatnya sejak 18 bulan lalu. Bagaimanapun, Barcelona berjaya membawanya selepas urus niaga yang sukar dengan Sevilla. Mungkin kejayaan itu didorong oleh harga yang lebih tinggi daripada pasaran sebanyak RM153.8juta (€30juta), tetapi pembeliannya tentu berbaloi dengan status pemain yang dinobatkan best attacking full-back selepas Roberto Carlos.



3. Samir Nasri (Marseille ke Arsenal)

Pemain Perancis yang dinilai tinggi ini menjadi pemain terbaru menyertai kumpulan pemain muda Gunners. Beliau dianggap galang ganti kepada Aliaksandr Hleb, manakala sebahagian lagi memberikan jolokan sebagai the next Zidane. Meskipun dibelenggu masalah kecederaan, kita berharap beliau menjadi sebahagian mereka yang berjaya melepaskan diri daripadanya.



2. Luka Modric (Dinamo Zagreb ke Tottenham)

Pemain muda Croatia yang paling hangat itu berjaya ditarik Spurs meskipun mendapat saingan daripada Barcelona dan Chelsea. Mungkin akan menjadi permata dalam barisan pertengahan Juande Ramos pada musim depan.



1. Mathieu Flamini (Arsenal ke AC Milan)

Pemain Perancis yang kurang mendapat pernilaian sewajarnya itu, menjadi antara pemain terbaik Arsenal pada musim lalu. Kejayaan Milan membelinya menjadi kudeta terhebat pada musim ini. Ini menunjukkan perpindahan tanpa yuran masih berbaloi.

Goal.com
 

blogger templates | Make Money Online