Sepintas lalu
Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.
Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.
Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.
Isnin, 21 Julai 2008
Fabregas mungkin ekori saya: Hleb
SEKIRANYA telahan pemain Arsenal, Alexander Hleb, boleh diterima, kelab Inggeris itu bakal dilanda masalah dalam saingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Cesc Fabregas turut mengambil keputusan untuk berhijrah ke Barcelona.
Helba meninggalkan Arsenal untuk menyertai Barcelona dengan kontroversi apabila beliau pernah menggelarkan Fabregas sebagai pentingkan diri, manakala dalam wawancara yang sama itu juga beliau mengkritik Pengurus Arsenal, Arsene Wenger.
Pemain Belarus itu nampaknya masih belum puas membiarkan bekas kelabnya sehingga sanggup memancing Fabregas untuk kembali ke Barcelona.
Hleb berkata, Fabregas menjelaskan banyak perkara mengenai kelab itu kepadanya termasuk semasa berada dalam akademi bersama-sama pemain seperti Gerard Pique dan Lionel Messi.
"Dia menyayangi kelab ini. Sekarang dia berada di Arsenal, tetapi siapa tahu pada masa depan, dia akan pulang ke Barcelona?
"Dia menjadi kawan baik saya di Arsenal bersama-sama (Mathieu) Flamini," kata Hleb pada Barca TV, manakala mengenai Thierry Henry, beliau memujinya, "Dia rakan saya. Kami habiskan dua tahun bersama. Kami memahami antara satu sama lain dan saya gembira kembali bersama-samanya."
Mengenai pertembungan Barcelona dan Arsenal dalam Liga Juara-juara peringkat akhir, beliau berkata: "Sudah pasti saya masih mengingatinya. Ia permainan yang sangat penting dalam kehidupan saya. Kami kalah tetapi saya fikir ia permainan yang hebat.
"Saya harap dapat memenangi Liga Juara-juara dengan Barca - dan bertemu dengan Arsenal pada final musim ini.
"Saya tidak kisah di mana posisi saya. Di mana saja jurulatih arahkan, di situlah posisi saya.
"Saya banyak belajar dengan Arsene Wenger di Arsenal. Beliau mengajar saya untuk bermain di pelbagai posisi dan sekarang saya tidak bermasalah untuk bermain di mana-mana saja.
"Corak permainan Barca mengkagumkan. (Gaya) permainan Barca dan Arsenal adalah yang terbaik di dunia.
"Saya ke Arsenal dan saya tahu mereka bermain secara menyerang. Saya harap dapat mempraktiskannya di sini sekarang," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan