Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Rabu, 9 Julai 2008

Gunners bersedia jual Adebayor?

PENYERANG Arsenal, Emmanuel Adebayor, terus dipancing AC Milan, apabila Timbalan Presiden kelab Itali itu, Adriano Galliani, mendakwa Arsenal bersedia berbincang untuk menjual pemain berbisa berkenaan.

Galliani dalam wawancara dengan televisyen Itali, Antenna 3, berkata pihaknya menerima surat daripada Arsenal yang melahirkan kesediaan untuk membuka perbincangan mengenai penjualan pemain berusia 24 tahun itu.

Adebayor yang dianggap galang ganti kepada bekas pemain Arsenal, Thierry Henry, menjaringkan 30 gol dalam 48 penampilan untuk kelab itu memburu empat tempat teratas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online