PENGURUS Liverpool, Rafael Benitez, meletakkan penyerang Valencia, David Villa, sebagai prioriti pemain yang perlu dibeli untuk digandingkan dengan rakan senegaranya, Fernando Torres.Villa yang mempamerkan persembahan terbaiknya dalam Kejohanan Eropah, Euro 2008, dengan empat gol, dianggap pemain yang paling diburu dalam pasaran perpindahan pemain.
Benitez mengesahkan hasratnya untuk membawa penyerang yang mendapat jolokan El Guaje atau The Kid ke Anfield, sekali gus memperkemaskan serangan kelab itu untuk memburu mahkota Liga Perdana Inggeris.
“Kami sudah memiliki Torres, Voronin, Kuyt dan Babel serta Steven Gerrard yang boleh menjadi penyerang kedua tetapi kami tetap cuba membawa pilihan lain.
“Villa, kami tahu tentangnya. Beliau berada dalam senarai kami. Tetapi mungkin ia agak sukar,” katanya.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan