Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Rabu, 9 Julai 2008

Selamat tinggal, Crouch!

Yeah, tanggal jersi ini, pakai warna lain pula!

PENYERANG England, Peter Crouch, bakal berhijrah dari Liverpool ke Portsmouth selepas selesai pemeriksaan kesihatan di Fratton Park dengan yuran perpindahan RM70.4juta (£11juta).

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez, mengakui beliau mahu Crouch kekal di Merseyside tetapi tidak dapat memenuhi kehendak pemain itu untuk turut secara kerap.

“Beliau seorang yang sangat profesional dan baik, kami mahukan beliau kekal. Kami tawarkan kontrak baru.

“Tetapi kadang-kala, anda harus memahami pemain. Beliau mahu bermain lebih kerap dan dalam keadaan Fernando Torres menjadi pilihan pertama, keadaan itu agak sukar untuk dipenuhi.

“Saya faham situasi Peter. Tetapi beliau lakukan yang baik kepada kelab dan kami menyokongnya ketika ramai pihak yang meragui keputusan untuk membawanya ke Anfield sebelum ini,” katanya.

Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online