Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Selasa, 1 Julai 2008

Perkembangan terkini: Arsenal

Arsenal
Perkembangan terkini (4 Ogos)

Arsenal memperbaharui minat mereka terhadap pemain tengah England, Gareth Barry selepas rundingan antara kelabnya, Aston Villa dengan Liverpool terbantut. Arsene Wenger juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pemain Liverpool, Xabi Alonso, yang dinilaikan sebanyak RM103juta (£16juta).

Selain Barry dan Alonso, Arsenal juga dipercayai hampir pasti membeli pemain tengah Udinese, Gokhan Inler, dengan harga pemain antarabangsa Switzerland itu bernilai RM64.5juta (£10juta).

Emirates juga mengesahkan berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah pasukan bawah 21 Portugal, Amaury Bischoff dari Werder Bremen.

Sementara itu, pemain perancang Arsenal, Cesc Fabregas, memberikan jaminan kepada penyokong kelab itu bahawa dia akan menolak tawaran Real Madrid dan memilih untuk kekal di the Emirates sekurang-kurangnya sehingga kini.

Dalam perkembangan lain, jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, mengesahkan masih berminat untuk mendapatkan Emmanuel Adebayor, yang masih belum memutuskan masa depannya.

Arsenal turut dikaitkan dengan pemain tengah Portugal, Miguel Veloso, yang berupaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mathieu Flamini, Alexander Hleb dan Gilberto Silva.

Sementara itu, Andrei Arshavin, pula semakin pasti tidak lagi menjadi pilihan Arsenal apabila harganya berada di luar kemampuan kelab Inggeris itu kerana menuntut gaji setinggi RM700,000 (£110,000) seminggu.

Penyerang Ajax, Klaas-Jan Huntelaar mendedahkan impiannya untuk menyertai Manchester United meskipun ia tidak menamatkan spekulasi terhadap minat Arsenal terutama memandangkan masa depan Adebayor belum diputuskan.

Target: -


1. Penyerang Ajax, Klaas-Jan Huntelaar.

Positif: Galang ganti kepada Emmanuel Adebayor yang dikaitkan dengan perpindahan ke AC Milan dan Barcelona yang membuat tawaran RM96.1juta (£15juta) plus Samuel Eto’o.

Negatif: Huntelar pernah mendedahkan impiannya untuk bermain dengan Manchester United.

2. Pemain tengah Werder Bremen, Amaury Bischoff.

Positif: Pemain berusia 21 tahun berupaya menggantikan posisi Mathieu Flamini yang berhijrah ke AC Milan.

Negatif: Mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan pilihan pertama kerana baru sembuh daripada kecederaan panjang.

3. Pemain tengah pertahanan Villarreal, Marcos Senna Positif: Arsenal dapat khidmat pemain tengah pertahanan yang sebelum ini dimainkan oleh Patrick Viera.

Negatif: Villarreal meletakkan harga yang tinggi daripada nilai pasaran, RM160.1juta (£25juta) 4. Pemain tengah pertahanan Real Madrid, Ruben de la Red.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN ARSENAL

MASUK


Dengan yuran

Samir Nasri dari Marseille (RM77.5juta/£12juta)

Aaron Ramsey dari Cardiff (RM32.3juta/£5juta)

Tanpa yuran

Francis Coquelin dari Stade Lavallois



KELUAR

Dengan yuran

Alexander Hleb ke Barcelona (RM76.4juta/£11.8juta)

Gilberto Silva ke Panathinaikos (RM6.5juta/£1juta)

Pinjaman

Kerrea Gilbert ke Leicester City

Tanpa yuran

Jens Lehmann ke Stuttgart

Mathieu Flamini ke AC Milan

Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online