Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Rabu, 16 Julai 2008

Siapa kata kelab Sepanyol kaya-kaya?

YURAN perpindahan Ronaldinho dari Barcelona ke AC Milan mungkin mencecah RM128.6juta (€25juta). Kelab Athletico Madrid pula meraih keuntungan bernilai RM171.8juta (£26.5juta) daripada penghijrahan Fernando Torres ke Liverpool.

Kesimpulannya, kelab Sepanyol kaya-kaya. Mampu membeli pemain mahal seperti Real Madrid yang mendapat jolokan The Galectico. Pemainnya juga kaya-raya sehingga mendapat gaji puluhan ribu Euro seminggu.


Namun, benarkah pemain bola sepak Sepanyol kaya-raya sehingga mampu hidup dengan berjoli seperti yang berlaku Ronaldinho?


Mungkin tidak sekiranya kita mengambil kira hasrat pemain bola sepak Sepanyol untuk melancarkan mogok beramai-ramai selepas gagal mencapai kata sepakat dengan ketua-ketua La Liga terhadap isu gaji tidak berbayar.


Perbincangan antara Liga Bola Sepak Profesional (LFP) dengan Persatuan Pemain Bola Sepak Sepanyol (AFE) berlangsung selama beberapa bulan terhadap isu tabung gaji yang kontroversi dengan membabitkan kehendak pemain supaya wang ditabungkan bagi pembayaran sekiranya kelab mengalami masalah kewangan.


Ini berikutan krisis yang melanda kelab Levante dengan pemain mereka mengugut untuk melancarkan mogok sebanyak dua kali pada musim lalu apabila tidak menerima gaji beberapa bulan.


Sekiranya gaji mereka tidak dilunaskan atau sekurang-kurangnya diberikan sebahagiannya sebelum 31 Julai, mogok akan dilancarkan.


AFE turut mengemukakan proposal menuntut gaji minimum dengan jaminan bayaran gaji sekurang-kurangnya sebahagian daripada gaji keseluruhan.


Perjanjian antara LFP dengan AFE sejak 1987 memberikan jaminan gaji walaupun kelab tersingkir dari liga dan terbeban dengan hutang tetapi kontrak itu tidak diperbaharui pada 2004.


Akta Bankrupsi (Ley Concursal) membenarkan kelab untuk menyelamatkan mereka dengan membayar sekurang-kurangnya 50 peratus daripada hutang.


Isu ini melanda kelab Levante tetapi Presiden AFE, Gonzalez Movilla mendakwa enam kelab lain berada dalam krisis yang sama.


“Pada tahun ini, ada tujuh kelab yang berada di bawah Ley Concursal dan sekiranya kita tidak melakukan sesuatu, pada tahun depan ia akan meningkat kepada 15 kelab.


“Kami tidak akan membenarkan pekerja kami tidak dibayar gaji,” katanya. (ESPNsoccernet)

Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online