

GANDINGAN Gareth Barry dan Steven Gerrard bakal jadi kenyataan apabila Aston Villa bersedia berbincang semula dengan Liverpool untuk perpindahan kapten Villa yang bernilai RM115.5juta (£18juta).
Pengurus Villa, Martin O’Neill tidak memberikan jalan yang mudah untuk Liverpool membawa Barry ke Anfield tetapi bersedia untuk menerima Steve Finnan sebagai pertukaran dalam perjanjian perpindahan pemain itu.
Bagaimanapun, O’Neill menaksirkan nilai Finnan sebanyak RM6.4juta (£1juta) saja, sekali gus bertegas mahu Liverpool membayar RM109.1juta (£17juta).
Struktur pembayaran yang dikemukakan O’Neill turut mengandungi terma separuh pembayarannya dibuat sekarang, manakala separuhnya lagi dilangsaikan dalam tempoh 12 bulan.
Liverpool menilaikan Finnan sebanyak RM12.9juta (£2juta) meskipun pemain itu sudah berusia 32 tahun dan berada pada tahun terakhir kontraknya. Bagaimanapun, Liverpool akan menerima terma yang dikemukakan Villa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan