
Tawaran RM77juta (£12juta) oleh Bercelona belum cukup mengiurkan terutama Arshavin turut menarik minat Arsenal dan Chelsea, sekali gus mendorong Zenit menaikkan nilai penyerang berbisa itu kepada RM154juta (£24juta).
Jurucakap Zenit, Pavel Pivoravov, berkata pihaknya menerima satu tawaran rasmi untuk Andrei dan ia datang daripada Barcelona.
“Kami belum menerimanya tetapi sekiranya mereka menambah dua kali ganda, kami mungkin akan memikirkannya,” katanya di Ibu Pejabat UEFA, Nyon, Switzerland.
Dalam Kejohanan Eropah, Euro 2008, Arshavin tidak dapat bermain untuk dua perlawanan kumpulan kerana digantung tetapi tampil dalam perlawanan Russia-Sweden, beliau mencipta peluang untuk gol pertama, sebelum menjaringkan gol kedua.
Dalam perlawanan suku akhir menentang pasukan Belanda yang sebelum itu menewaskan Perancis, Itali dan Romania, Arshavin mengulangi kejayaan dengan terbabit dalam dua gol pada masa tambahan, sekali gus membawa Russia ke separuh akhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan