Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Selasa, 1 Julai 2008

Perkembangan terkini: Chelsea

Chelsea
Perkembangan terkini (4 Ogos)

Kemahuan Chelsea untuk mendapatkan khidmat bintang Brazil, Robinho, semakin tinggi apabila Didier Drogba bakal terlepas untuk turut sama pada awal musim berikutan masalah kecederaan, sekali gus meninggalkan hanya seorang penyerang senior yang berkeupayaan untuk bertarung. Robinho masih belum bersetuju untuk menerima kontrak terbaru dari Real Madrid dan dia dilaporkan mendedahkan keinginannya untuk menyertai Chelsea pada hujung minggu lalu. Dengan tawaran bernilai RM193juta (£30juta), Madrid mungkin melepaskannya kerana mampu mencari pengganti.

Pemain pertahanan, Tal Ben Haim, meninggalkan Stamford Bridge hanya selepas semusim menyertai kelab itu dengan bersetuju berhijrah ke Manchester City. Pemain tengah Brazil, Diego, yang kini berada di Werder Bremen, mungkin bakal menyertai Chelsea dengan khabar angin yuran perpindahan menjangkau RM161juta (£25juta).

Sementara itu, pemain sayap, Shaun Wright-Phillips, pula dilaporkan akan kekal di kelab itu walaupun sebelum ini dikaitkan dengan Portsmouth.

Inter Milan pula akhirnya berputus asa untuk memancing pemain tengah, Frank Lampard, selepas berjaya mendapatkan khidmat Sulley Muntari dari Portsmouth kerana pengurusnya, Jose Mourinho hanya mahukan 22 pemain dan tiga penjaga gol saja.

Didier Drogba dilaporkan akan membuat keputusan mengenai masa depannya dalam tempoh 10 hari meskipun belum ada tawaran rasmi dari mana-mana kelab. AC Milan yang sebelum ini dikhabarkan berminat mahu menunggu masa yang sesuai untuk membuat tawaran, manakala Barcelona pula menawarkan pertukaran pemain dengan Samuel Eto'o tetapi Chelsea menolak tawaran itu.

Tawaran hebat Chelsea untuk mendapatkan Kaka yang dipercayai bernilai RM322juta (£50juta) ditolak berdasarkan laporan Milan meskipun Chelsea menafikan pernah membuat tawaran terbabit.

Claude Makelele, pemain tengah pertahanan pula, akhirnya meninggalkan Chelsea selepas lima tahun mempertaruhkan staminanya untuk kembali ke Perancis selepas menandatangani kontrak dengan Paris Saint-Germain.

Target:-


1. Bintang Brazil di AC Milan, Kaka
.

Positif: Dua kali pemain terbaik dunia dan Chelsea mempunyai kemampuan untuk membayar sehingga RM320.8juta (£50juta).

Negatif: Sekali lagi Chelsea terpaksa menerima hakikat duit tidak selalunya dapat membeli kehebatan.

2. Penyerang Real Madrid, Robinho.


Positif: Dapat menggantikan posisi Didier Drogba yang berulang kali melahirkan keinginan untuk berhijrah dan bersama-sama dengan bekas pengurus Chelsea, Jose Morinho di Inter Milan.

Negatif: Nilai yang diletakkan Real Madrid terlalu tinggi, RM192.5juta (£30juta).

3. Penyerang Barcelona, Samuel Eto’o
.

Positif: Sudah diuji sebagai penyerang berbisa dan Eto’o turut diberitahu majikannya di Barcelona, bahawa dia sudah diletakkan dalam senarai perpindahan.

Negatif: Barcelona bersedia memasukkan Samuel
Eto’o dalam pakej untuk mendapat Emmanuel Adebayor dari Arsenal.


SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN CHELSEA

MASUK

Dengan yuran

Jose Bowingwa dari FC Porto (RM104.5juta/£16.2juta)

Deco dari Barcelona (RM51.6juta/£8juta)


KELUAR

Dengan yuran

Steve Sidwell ke Aston Villa (RM32juta/£5juta)

Tidak didedahkan

Khalid Boulahrouz ke VfB Stuttgart

Tanpa yuran

Claude Makelele ke Paris St Germain

Harry Worley ke Leicester City

Pinjaman

Ben Sahar ke Portsmouth

Emmanuel Sarki ke Westerloo

Jeffrey Ntuka ke Westerloo

Jimmy Smith ke Sheffield Wed

Michale Modubi ke Westerloo

Ryan Bertrand ke Norwich City

Slobodan Rajkovic ke Twente

Adrian Pettigrew (dilepaskan)

Dilepaskan

Anthony Grant

Hernan Crespo

James Simmonds

Phil Younghusband

Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online