Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Selasa, 1 Julai 2008

Perkembangan terkini: Liverpool

Liverpool
Perkembangan terkini (4 Ogos)

Gareth Barry kekal di Aston Villa apabila kelab itu mendedahkan Liverpool gagal memenuhi tarikh akhir untuk menandatangani pemain tengah berkenaan. Bagaimanapun, sekiranya spekulasi bahawa Arsenal cuba mendapatkan Xabi Alonso dapat dipercayai, Liverpool mungkin memulakan kembali rundingan dengan Villa.

Yossi Benayoun yang sebelum ini dilaporkan bakal meninggalkan kelab itu untuk ke Manchester City, tidak akan berbuat demikian berdasarkan laporan ejennya, Ronen Katzav.

Robbie Keane menyelesaikan urusan perpindahannya ke Anfield dengan nilai sebanyak RM123juta (£19juta) dengan opsyen yang boleh meningkat sehingga RM131juta (£20.3juta). Pemain antarabangsa Republik Ireland yang dilaporkan sebagai peminat Liverpool sejak zaman kanak-kanak, menandatangani kontrak selama empat tahun yang bernilai RM516,000 (£80,000) seminggu.

Pemain full-back Schalke, Rafinha, sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield apabila Benitez dilaporkan menyanjungi pemain Brazil itu dan mungkin dapat mengekploitasi hubungan dingin pemain itu dengan kelabnya ekoran penyertaannya dalam Olimpik.

Pemain full-back, Alvaro Arbeloa, pula mungkin meninggalkan Anfield selepas ada laporan dia mahu kembali ke Sepanyol kerana masalah peribadi.

Sekiranya Alonso kekal, ia akan memberikan masalah kepada Liverpool untuk menampung permintaan Aston Villa yang meletakkan nilai RM116juta (£18 juta) terhadap pemain tengahnya, Gareth Barry. Selain menjual Alonso, Liverpool juga boleh menghantar Andrei Voronin ke Jerman dengan nilai RM19juta (£3juta).

Liverpool turut mempertimbangkan untuk membida pemain Espanyol, Albert Riera, dengan tawaran kelab Inggeris itu untuk mendapatkan pemain antarabangsa Sepanyol itu pada nilai RM61juta (£9.5juta) ditolak..

Steve Finnan, yang bakal kehilangan posisinya dalam kesebelasan utama Liverpool ekoran kehadiran Philipp Degen, dilaporkan menarik minat Aston Villa dan West Brom.

Penyerang Perancis yang menjanjikan, David N'Gog, 19, pula tiba dari Paris Saint-Germain dengan nilai RM9juta (£1.5juta), yang turut diekori Emmanuel Mendy selepas pemain tengah Sepanyol itu menandatangani kontrak selama tiga tahun dari Murcia Deportivo.

Target:-


1. Kapten Aston Villa, Gareth Barry.

Positif: Memperlihatkan keserasian dengan Kapten Liverpool, Steven Gerrard dalam pasukan England.


Negatif: Villa berkeras dengan tuntutan RM115.6juta (£18juta) dan pada masa sama Arsenal turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

2. Penyerang Tottenham Hotspur, Robbie Keane.

3. Penyerang Espanyol, Albert Riera.


Positif: Riera boleh memperkuatkan serangan daripada sayap terutama selepas kehilangan John Arne Riise kepada Juventus.


Negatif: Cubaan Liverpool membeli pemain itu dengan harga RM61juta (£9.5juta) ditolak sebelum ini.


4. Penyerang sensasi Valencia, David Villa.


Positif: Gandingannya dengan Fernando Torres boleh mengkacau-bilaukan kotak penalti lawan, sekali gus menjana semangat Liverpool untuk merangkul mahkota juara Liga Perdana Inggeris (EPL).


Negatif: Nilai RM205.5juta (£32juta) yang dituntut Valencia tidak mungkin dipenuhi Liverpool, terutamanya sekiranya berjaya mendapatkan khidmat Barry.

5. Pemain sayap Valencia, David Silva.

Positif: Ketajaman serangan Silva berbahaya kepada lawan seperti yang diperlihatkan dalam perlawanan dengan Chelsea dalam Kejohanan Juara-juara Eropah.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN LIVERPOOL

MASUK

Dengan yuran

Andrea Dossena dari Udinese (RM45.1juta/£7juta)

Diego Cavalieri dari Palmeiras (RM19.4juta/£3juta)

Nikola Saric dari Hergolge (RM3.9juta/£600,000)

Tidak didedahkan

David Ngog dari Paris St Germain

Vincent Lucas Weiji dari AZ Alkmaar

Tanpa yuran

Emmanuel dari Murcia Deportivo


Philipp Degen dari Borussia Dortmund


KELUAR

Dengan yuran

Peter Crouch ke Portsmouth (RM70.4juta/£11juta)

John Arne Riise ke Roma (RM25.8juta/£4juta)

Scott Carson ke West Brom (RM21.1juta/£3.25juta)

Danny Guthrie ke Newcastle (RM16.2juta/£2.5juta)

Tanpa yuran

Anthony Le Tallec ke Le Mans

Harry Kewell ke Galatasaray

Pinjaman

Adam Hammil ke Blackpool

Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online