
Lampard: Ikut Brother Jose!
JURULATIH baru Chelsea, Luiz Felipe Scolari menghadapi tugas besar untuk mengekalkan bintang pemain tengahnya, Frank Lampard dan penyerang berbisa kelab itu, Didier Drogba daripada dicuri dua kelab gergasi Milan.
Scolari mengadakan pertemuan dengan pemain-pemainnya di Kelab Padang Latihan Cobham, semalam, dengan Inter Milan sudah pun menawarkan Chelsea sebanyak RM41.75 (£6.5million) untuk pemain tengah England, Lampard, manakala Drogba pula sedang diburu AC Milan yang gagal layak ke Liga Juara-juara Eropah pada musim baru ini.
Lampard, 30, dengan kontrak berbaki setahun, boleh meninggalkan Chelsea dengan membeli kontraknya sendiri apabila Artikel 17 Fifa membenarkannya berbuat demikian, selain beliau boleh menunggu sehingga Januari tahun depan dan menandatangani pra-kontrak dengan Inter tanpa membayar satu sen pun kepada Chelsea apabila meninggalkannya akhir musim depan.
Rundingan Lampard-Chelsea untuk kontrak baru di Stamford Bridge sudah pun berlangsung sejak beberapa bulan lalu tetapi kata putus masih belum dicapai dua pihak terbabit dengan perbincangannya masih diteruskan pada minggu ini.
Sementara itu, AC Milan, menurut Pengarah Teknikalnya, Leonardo, masih memburu penyerang berbisa dari Ivory Coast , Drogba, terutama selepas kelab itu menjual Alberto Gilardino kepada Fiorentina, manakala Ronaldo masih dibelenggu kecederaan serius.
Selain AC Milan, Drogba turut dikaitkan dengan perpindahan ke dua kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona. (ESPNsoccernet)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan