ARSENAL dilaporkan mahu mendapatkan pemain Aston Villa, Gareth Barry, sekali gus memintas usaha Liverpool yang berusaha membida pemain itu sebelum ini.
Akhbar The Sun di London melaporkan The Gunners menghubungi Villa pada minggu ini dengan mengemukakan tawaran wang dan pertukaran pemain yang selama ini diusahakan Liverpool.
Aston Villa yang sedang mencari pengganti kepada pemain right back, Olof Mellberg, yang sudah pun berpindah, mungkin tertarik dengan tawaran Arsenal andainya turut membabitkan perpindahan pemain seperti Justin Hoyte atau Emmanuel Eboue.
Pengurus Villa, Martin O’Neill mungkin teruja untuk menjual Barry ke kelab jiran di London itu berikutan kritikan kerasnya terhadap cara Pengurus Liverpool, Rafael Benitez, mendekati Barry.
Benitez juga masih belum dapat menyetujui tuntutan Villa yang meletakkan nilai sebanyak RM115.4juta (₤18juta), sekali gus menolak tawaran Liverpool RM109juta (₤17juta) plus Steve Finnan.
Sepintas lalu
Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.
Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.

Sabtu, 12 Julai 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan