Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Selasa, 1 Julai 2008

Perkembangan terkini: Manchester United

Manchester United
Perkembangan terkini (4 Ogos)

Cristiano Ronaldo dilaporkan akan bertemu empat mata dengan Sir Alex Ferguson, manakala bekas penyerang Manchester United, Ruud Van Nistelrooy pula membuat ramalan Ferguson akan berjaya memujuk bintang Portugis itu kekal di Old Trafford.

Laporan akhbar Sepanyol, AS, mendedahkan Ronaldo bercadang akan meninggalkan Old Trafford, sehari selepas Presiden Real Madrid, Ramon Calderon, menegaskan tawaran bernilai RM451juta (£70juta) tidak mungkin.

Eric Cantona dan Edwin Van der Sar turut memujuk Ronaldo untuk terus kekal di Old Trafford.

Dalam perkembangan lain, Ferguson berjanji hanya akan mengambil seorang pemain pada musim panas ini, manakala minatnya terhadap penyerang Tottenham Hotspur, Dimitar Berbatov, menimbulkan reaksi negatif dari Spurs, yang mungkin menjual penyerang Bulgaria itu kepada Barcelona dengan harga yang lebih murah.

Kesannya, United bersedia menamatkan cubaannya untuk menarik penyerang itu, sebaliknya membariskan penyerang seperti Samuel Eto'o, Roque Santa Cruz dan Karim Benzema, selain ada laporan nakal menyebut juara EPL itu bersedia memancing bekas penyerang Arsenal yang kini berada di Barcelona, Thierry Henry.

Pemain Atletico Madrid, Sergio Aguero, turut dilaporkan menarik minat United selepas wakil penyerang Argentina itu, mendakwa menerima tawaran daripada kelab Inggeris berkenaan. Bekas penyerang gandingan Fernando Torres itu dilaporkan bernilai RM258juta (£40juta).

Pemain sayap Man U, Chris Eagles, pula meninggalkan kelab yang disertainya sejak remaja untuk berhijrah ke Burnley, manakala Louis Saha mungkin dipinjamkan ke Roma pada musim panas ini meskipun kelab Itali itu lebih suka untuk mengikatnya. Pada masa sama, Sunderland menaruh minat untuk mendapatkan pemain Perancis itu dan bersedia membuat tawaran bernilai RM64juta (£10juta).

Target:-


1. Penyerang Tottenham Hotspur, Dimitar Berbatov.

Positif: United mungkin memerlukan seorang penyerang lagi terutama sekiranya kehilangan Louis Saha untuk memastikan usaha mempertahankan dua kejuaraannya tercapai. Pentas Liga Juara-juara Eropah menjadi tarikan utama kepada Berbatov.

Negatif: Nilai yang dituntut Spurs terlalu tinggi, iaitu RM160.7juta (£25juta), sedangkan United menawarkan tidak lebih daripada RM128.6juta (£20juta).

2. Penyerang River Palate, Falcao.


Positif: Corak permainan Falcao yang mirip kepada Carlos Tevez boleh mempertajamkan serangan United. Falcao menjaringkan 38 gol dalam 58 penampilan dan berharga kira-kira RM96.4juta (£15juta).

3. Pemain Manchester City, Micah Richards.

4. Pemain Sevilla, Luis Fabiano.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN MANCHESTER UNITED

MASUK

Dengan yuran

Davide Petrucci dari Roma (RM1.3juta/£200,000)


KELUAR

Dengan yuran

Gerard Piqué ke Barcelona (RM26juta/£4juta)

Tanpa yuran

David William ke Oldham

Kieran Lee ke Oldham

Richie Jones ke Hartlepool

Pinjaman

Tom Heaton ke Cardiff

Dilepaskan

Chris Fagan

Michael Barnes

Michael Lea

Ole Gunnar Solskjaer

Sean Evans

Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online