1. Samuel Eto'o (dari Barcelona ke Mallorca)
Mallorca yang ketiadaan penyerang Daniel Guiza akibat penghijrahan ke kelab Turki, Fenerbahce, kelab Sepanyol itu dilaporkan bersedia mendapatkan khidmat pemain yang sudah panas punggung di Barcelona, Samuel Eto'o. Apakah penyerang Cameroon itu bakal pulang ke kelab lamanya di Palma de Mallorca?
2. Rafael Van Der Vaart (dari Hamburger SV ke Real Madrid)
Wang tidak pernah menjadi masalah kepada juara La Liga, Real Madrid. Selain Cristiano Ronaldo, playmaker dari kelab Bundesliga Jerman, Rafael Vn Der Vaart turut menjadi sasaran kelab itu. Madrid dilaporkan membida bintang Belanda itu dengan nilai hanya RM37juta (€7juta), sedangkan untuk mendapat khidmat Ronaldo, mereka sanggup menawarkan harga RM387juta (€76juta). Bagaimanapun, Hamburger bertegas untuk membuat rundingan hanya sekiranya Madrid mengemukakan tawaran sekurang-kurangnya RM100juta (€20juta).
3. Andrei Arshavin (dari Zenit ke Fiorentina)
Dengan Fiorentina layak ke Liga Juara-juara, kelab Itali itu dilaporkan sanggup menawarkan RM138juta (€27juta) untuk mendapatkan ayam tambatan kelab Russia itu. Sekiranya berjaya mendapatkan khidmat Arshavin, Fiorentina mungkin melepaskan Adrian Mutu ke Roma.
4. Claudio Pizarro (dari Chelsea ke Real Betis)
Real Betis tentu belajar daripada kesilapan musim lalu, lalu mendapatkan khidmat penyerang Chelsea, Claudio Pizarro, mungkin berbaloi seandainya Chelsea berjaya mendapatkan khidmat Robinho dari Real Madrid.
5. Samuel Eto'o (dari Barcelona ke Real Madrid)
Sekali lagi Eto'o tersenarai dalam gosip perpindahan pemain terhangat. Pusingan U mungkin berlaku sekiranya Madrid sanggup menawarkan gaji yang lebih tinggi dan lumayan meskipun pemain Cameroon itu pernah terbabit dalam kontroversi menghina kelab berkenaan. Apatah lagi, Eto'o mempunyai klausa dalam kontraknya dengan Barcelona yang memerlukan wang berjumlah RM764juta (€150juta) untuk melepaskannya.
Special Mention: Samuel Eto'o (dari Barcelona ke Kuruvchi)
Kelab Uzbekistan itu mengejutkan banyak pihak apabila bersedia membeli Eto'o. Seandainya hanya wang menjadi perkiraan, tidak mustahil pemain Cameroon berkenaan bakal berhijrah ke kelab yang tidak dikenali! (Goal.com)
Sepintas lalu
Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.
Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.
Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.
Isnin, 4 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan