SELEPAS Chelsea menjadi taukey besar dengan membeli sesiapa saja yang pandai menggelecek bola dan diikuti Manchester United yang membuka dompet mereka untuk membeli bintang Portugal, gelaran kelab berbelanja mewah membeli pembeli pada musim ini mungkin milik Tottenham Hotspur.
Nampaknya Spurs tidak lokek untuk melaburkan wang besar dalam memastikan kelab itu berupaya memberikan saingan sengit kepada empat gergasi di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pengurus Spurs, Juande Ramos, sudah pun melihat keupayaan kelabnya pada musim lalu terutama pada barisan pertahanan, sekali gus membuat perubahan besar-besaran melalui Revolusi Ramos apabila tingkap perpindahan pemain dibuka.
Terbaru, Ramos berkira-kira membelanjakan sehingga RM383juta (£60juta) untuk mendapatkan khidmat tiga pemain antarabangsa, iaitu David Villa, Andrei Arshavin dan Vedran Corluka, seperti yang dilaporkan media United Kingdom (UK).
Ini menjadikan jumlah wang yang bakal dilaburkan di White Hart Lane menjangkau £100juta atau RM640juta kerana kelab yang menjadi antara paling banyak dibolosi pada musim lalu itu sudah pun membelanjakan RM256juta (£40juta) untuk lima pemain barunya.
Lima pemain itu ialah pemain England, David Bentley; bintang Croatia, Luka Modric; penjaga gawang PSV, Gomes; bintang remaja sensasi Barcelona, Giovanni Dos Santos dan pemain Crystal Palace, John Bostock.
Pemain Sepanyol, Villa yang menjadi pemacu penting dalam membantu La Rojas merangkul Kejuaraan Eropah, Euro 2008, dilaporkan mahu menyertai Spurs berbanding Real Madrid.
Tottenham dikatakan bersedia untuk melaburkan RM205juta (£32juta) untuk mempertajamkan barisan serangannya, sekali gus memecahkan rekod perpindahan termahal British. Ini tidak termasuk dengan tawaran gaji bernilai RM640,000 (£100,000) seminggu.
Wang sudah tentu tiada masalah buat Spurs seandainya kelab itu menjual penyerang cacing kepanasannya, Dimitar Berbatov dengan nilai RM192juta (£30juta) kepada Manchester United.
Selain Villa, penyerang antarabangsa Russia, Arshavin, dari kelab Zenit St Petersburg turut menjadi nama yang dipancing dan hampir pasti menjadi milik Spurs apabila kelab asalnya bersedia menurunkan harga kepada RM134juta (£21juta).
Meskipun, harga yang ditawarkan Spurs hanya RM100juta (£15.6juta) tetapi dana yang diperoleh daripada jualan Robbie Keane kepada Liverpool sebanyak RM128juta (£20juta) boleh menampung kos itu.
Meskipun Spurs hanya menawarkan RM320,000 (£50,000) seminggu, Arshavin masih berhasrat berpindah ke London.
Sementara itu, pertahanan Spurs yang mudah dirobek pada musim lalu tidak terlepas daripada perhatian Ramos yang bersedia memebeli pemain pertahanan Manchester City, Corluka.
Pemain antarabangsa Croatia yang bernilai RM43juta (£6.8juta) itu, berupaya mengisi kelemahan barisan pertahanan White Hart Lane ekoran kebimbangan terhadap tahap kecergasan Kapten Ledley King, selain persembahan yang tidak konsisten Michael Dawson.
Corluka yang bermain untuk posisi right-back di Eastland berupaya digandingkan dengan Jonathan Woodgate sebagai pertahanan dalam memastikan gawang Spurs tidak lagi mudah dirobek.
Sepintas lalu
Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.
Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.
Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.
Selasa, 5 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan