Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Khamis, 7 Ogos 2008

Drama perpindahan Ronaldo bersambung musim depan: Ronaldo kekal di Old Trafford. Sekurang-kurangnya satu musim.

Soccernet: Ya, saya akan kekal di Old Trafford. Sekurang-kurangnya satu musim lagi!
Selepas berbincang dengan Ferguson The Hairdryer, saya buat keputusan ini. Dengan sepenuh jiwa raga saya!
Tapi saya berdoa, selepas musim depan saya dapat menyarungkan jersi The Galectico!

AKHIRNYA drama perpindahan Cristiano Ronaldo tamat apabila pemain Manchester United itu mengesahkan kekal di Old Trafford sekurang-kurangnya untuk semusim lagi.

Pemain sayap Portugal yang sebelum ini dikaitkan dengan Real Madrid, berkata demikian dalam wawancara dengan media di negaranya selepas menegaskan keinginannya bermain dengan Galectico tetap ada.

Ronaldo turut memuji Pengurus Kelabnya, Sir Alex Ferguson yang sanggup ke Portugal selepas Kejuaraan Eropah, Euro 2008, untuk berbincang dengannya.

Dengan pengesahan itu, peminat United boleh menarik nafas lega kerana pemain berkenaan menjaringkan 42 gol pada musim lalu dan membantu kelabnya untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-juara.

Ronaldo juga hampir pasti bakal dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia yang akan diumumkan pada Disember ini.

Ronaldo berkata, beliau dan Ferguson saling mendengar pandangan masing-masing sehingga mencapai kata putus bahawa tindakan terbaik untuk dua pihak adalah kekal di Old Trafford.

"Oleh itu, saya boleh mengesahkan pada musim depan, saya akan bermain untuk Manchester United.

"Sebelum khabar angin bertiup yang mengatakan saya akan bermain di luar kehendak saya, saya mahu menjelaskannya - sesiapa saja berkata atau menulis begitu sebenarnya adalah berbohong.

"Saya akan bermain untuk Manchester dengan sepenuh hati dan jiwa saya. Saya akan berjuang dan menghormati jersi saya dengan komitmen dan dedikasi seperti sebelum ini," katanya.

Lebih daripada itu, Ronaldo turut sanggup menggambil tanggungjawab terhadap isu perpindahannya yang berlangsung selama beberapa bulan, sekali gus merosakkan hubungan United dengan Real Madrid.

"Saya bertanggungjawab terhadap kontroversi ini. Saya yang menguar-uarkan keinginan untuk ke Real Madrid.

"Akhirnya saya mahu menamatkannya dengan mengambil tanggungjawab terhadap hubungan buruk antara dua kelab," katanya.

Meskipun mengambil tanggungjawab, Ronaldo tetap mengulang hasratnya untuk bermain dengan Real belum padam dan tidak menutup kemungkinan akan berhijrah ke gergasi La Liga itu.

"Saya tahu Real Madrid mempunyai minat untuk mengambil saya sehingga dikatakan sanggup membuat tawaran lumayan kepada Manchester United.

"Keinginan saya, pada satu masa nanti, Manchester akan menerima perpindahan saya ke Madrid. Sekiranya saya berkata sebaliknya, ia hanya memperdaya orang dan hati nurani saya sendiri," katanya.

Dengan pengesahan itu, tentunya dapat memberikan ruang kepada Ferguson sama ada untuk mencari pemain yang mampu sekurang-kurangnya menyaingi kehebatan Ronaldo atau pun mempertingkatkan skil dan kemahiran watak yang sudah sedia ada.

Tiada ulasan:

 

blogger templates | Make Money Online