Sepintas lalu
Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.
Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.
Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.
Isnin, 4 Ogos 2008
Siapa mahu Eto'o?
PENYERANG Barcelona, Samuel Eto'o, menjadi pemain yang paling banyak dikaitkan dengan penghijrahan ke kelab pada period perpindahan kali ini, tetapi laporan terkini menyebut penyerang Cameroon itu hanya mahu mengehadkan pilihannya kepada empat kelab gergasi Eropah.
Sekiranya dipaksa meninggalkan Nou Camp, Eto'o mendedahkan empat pilihannya hanya Manchester United, Chelsea, Inter Milan atau AC Milan, manakala kelab seperti Roma, Valencia dan Mallorca atau pastinya kelab Uzbekistan, Kuruvchi tidak mungkin tersenarai.
Bagaimanapun dengan tingkap perpindahan pemain akan ditutup tidak lama lagi, nampaknya pilihan Eto'o juga semakin melengkapkan senarai pemain mereka sama ada melalui pembelian pemain baru atau pun mengikat kontrak baru dengan pemain sedia ada.
Man U sebelum ini disebut-sebut bakal membeli penyerang baru tetapi dengan perkembangan terbaru membabitkan kejayaan juara EPL itu mengikat Carlos Tevez, penyerang tidak lagi menjadi keutamaan kelab terbabit.
Chelsea yang memerlukan penyerang berbisa untuk menyuntik gaya permainan memukau pula, mungkin tidak memerlukan lagi penyerang dengan Didier Drogba dilaporkan akan kekal di Stamford Bridge.
Dua kelab gergasi Itali pula yang pernah melahirkan minat untuk mendapatkan khidmat Eto'o, dikatakan tidak bersedia memenuhi permintaan Barcelona yang meletakkan nilai RM153juta (€30juta) pada pemain terbabit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan