Info EPL & La Liga dalam Bahasa Melayu

Sepintas lalu

Entri terkini berada di bawah kolum sepintas lalu. Sila skrol ke bawah.

Perkembangan terkini spekulasi dan fakta perpindahan empat gergasi EPL (Telegraph)
Klik Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengetahui pemain yang hangat diperkatakan bakal memantapkan saingan empat pasukan teratas EPL itu. Perkembangan terkini pesaing Piala UEFA, Everton turut dikemas-kini.



Selasa, 1 Julai 2008

Target Portsmouth

Portsmouth
Target:-

1. Pemain tengah Monaco, Niko Kranjar.

2. Pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Younes Kaboul.

3. Pemain tengah Trinidad & Tobago, Khaleem Hyland.

4. Pemain pertahanan Reading, Nicky Shorey.

5. Pemain tengah Strasbourg, Morgan Schneiderlin.

6. Pemain tengah Panathinaikos, Marcelo Mattos.

7. Pemain sayap Chelsea, Shaun Wright-Phillips.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN PORTSMOUTH

MASUK

Dengan yuran

Peter Crouch dari Liverpool (RM70.4juta/£11juta)

Tanpa yuran

Glen Little dari Reading

Pinjaman

Ben Sahar dari Chelsea


KELUAR

Tanpa yuran

Nicky Jordan ke Hereford

Dilepaskan

Andreas Govas

Farid Hassani

Ugo Udoji

Target Newcastle United

Newcastle United
Target:-

1. Pemain tengah Udinese, Gokhan Inler.


Positif: Pengurus Newcastle, Kevin Keegan bersedia dengan tawaran RM25.7juta (£4juta) untuk membida pemain Switzerland.


2. Penyerang FC Basel, Eren Derdiyok.


Negatif: Nilai yang diletakkan FC Basel terlalu tinggi, iaitu RM38.6juta (£6juta).


3. Pemain tengah Birmingham City, Sebastian Larsson.


4. Pemain tengah Real Zaragoza, Pablo Aimar.


Positif: Dengan RM25.7juta (£4juta), dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Emre yang kembali ke Turki.


5. Pemain Tottenham Hotspur, Aaron Lennon.


6. Pemain tengah FC Twente, Orlando Engelaar.


Positif: Menunjukkan persembahan memberangsangkan di bahagian tengah Belanda dalam Kejohanan Eropah, Euro 2008.


Negatif: Terpaksa bersaing tiga penjuru dengan Everton dan Schalke.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN MIDDLESBROUGH

MASUK

Dengan yuran

Jonas Gutierrez dari Real Mallorca (RM58.5juta/£9juta)

Danny Guthrie dari Liverpool (RM16.2juta/£2.5juta)


KELUAR

Dengan yuran

David Rozehnal ke Lazio (RM18.7juta/£2.9juta)

Tanpa yuran

Emre ke Fenerbache

Mark Cook ke Hartlepool

Peter Ramage ke QPR

Dilepaskan

James Troisi

Lamine Diatta

Stephen Carr

Target Middlesbrough

Middlesbrough
Target:

1. Pemain tengah Heerenveen, Michael Bradley.


2. Pemain Reading, James Harper.


3. Penjaga gol Wolve, Wayne Hennessey.


4. Penyerang Newcastle, Alan Smith.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN MIDDLESBROUGH

MASUK


Dengan yuran

Didier Digard dari Paris St Germain (RM25.8juta/£4juta)

Marvin Emnes dari Sparta Rotterdam (RM20.6juta/£3.2juta)

Tidak didedahkan

Nathan Porritt

KELUAR

Tanpa yuran

Fabio Rochemback ke Sporting Lisbon

George Boateng ke Hull City

Jason Kennedy ke Darlington

Mark Schwarzer ke Fulham

Steve Thompson ke Port Vale

Dilepaskan

Gaizka Mendieta

Lee Dong-Gook

Perkembangan terkini: Manchester United

Manchester United
Perkembangan terkini (4 Ogos)

Cristiano Ronaldo dilaporkan akan bertemu empat mata dengan Sir Alex Ferguson, manakala bekas penyerang Manchester United, Ruud Van Nistelrooy pula membuat ramalan Ferguson akan berjaya memujuk bintang Portugis itu kekal di Old Trafford.

Laporan akhbar Sepanyol, AS, mendedahkan Ronaldo bercadang akan meninggalkan Old Trafford, sehari selepas Presiden Real Madrid, Ramon Calderon, menegaskan tawaran bernilai RM451juta (£70juta) tidak mungkin.

Eric Cantona dan Edwin Van der Sar turut memujuk Ronaldo untuk terus kekal di Old Trafford.

Dalam perkembangan lain, Ferguson berjanji hanya akan mengambil seorang pemain pada musim panas ini, manakala minatnya terhadap penyerang Tottenham Hotspur, Dimitar Berbatov, menimbulkan reaksi negatif dari Spurs, yang mungkin menjual penyerang Bulgaria itu kepada Barcelona dengan harga yang lebih murah.

Kesannya, United bersedia menamatkan cubaannya untuk menarik penyerang itu, sebaliknya membariskan penyerang seperti Samuel Eto'o, Roque Santa Cruz dan Karim Benzema, selain ada laporan nakal menyebut juara EPL itu bersedia memancing bekas penyerang Arsenal yang kini berada di Barcelona, Thierry Henry.

Pemain Atletico Madrid, Sergio Aguero, turut dilaporkan menarik minat United selepas wakil penyerang Argentina itu, mendakwa menerima tawaran daripada kelab Inggeris berkenaan. Bekas penyerang gandingan Fernando Torres itu dilaporkan bernilai RM258juta (£40juta).

Pemain sayap Man U, Chris Eagles, pula meninggalkan kelab yang disertainya sejak remaja untuk berhijrah ke Burnley, manakala Louis Saha mungkin dipinjamkan ke Roma pada musim panas ini meskipun kelab Itali itu lebih suka untuk mengikatnya. Pada masa sama, Sunderland menaruh minat untuk mendapatkan pemain Perancis itu dan bersedia membuat tawaran bernilai RM64juta (£10juta).

Target:-


1. Penyerang Tottenham Hotspur, Dimitar Berbatov.

Positif: United mungkin memerlukan seorang penyerang lagi terutama sekiranya kehilangan Louis Saha untuk memastikan usaha mempertahankan dua kejuaraannya tercapai. Pentas Liga Juara-juara Eropah menjadi tarikan utama kepada Berbatov.

Negatif: Nilai yang dituntut Spurs terlalu tinggi, iaitu RM160.7juta (£25juta), sedangkan United menawarkan tidak lebih daripada RM128.6juta (£20juta).

2. Penyerang River Palate, Falcao.


Positif: Corak permainan Falcao yang mirip kepada Carlos Tevez boleh mempertajamkan serangan United. Falcao menjaringkan 38 gol dalam 58 penampilan dan berharga kira-kira RM96.4juta (£15juta).

3. Pemain Manchester City, Micah Richards.

4. Pemain Sevilla, Luis Fabiano.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN MANCHESTER UNITED

MASUK

Dengan yuran

Davide Petrucci dari Roma (RM1.3juta/£200,000)


KELUAR

Dengan yuran

Gerard Piqué ke Barcelona (RM26juta/£4juta)

Tanpa yuran

David William ke Oldham

Kieran Lee ke Oldham

Richie Jones ke Hartlepool

Pinjaman

Tom Heaton ke Cardiff

Dilepaskan

Chris Fagan

Michael Barnes

Michael Lea

Ole Gunnar Solskjaer

Sean Evans

Target Manchester City

Manchester City
Target:-

1. Bintang sensasi Barcelona, Ronaldinho.


Positif: Selepas prestasi City menjunam pada pertengahan musim, kelab itu memerlukan pemain seperti Ronaldinho untuk memberikan percikan dalam permainan.

Negatif: Tarikan bermain di Itali melalui AC Milan lebih menarik.

2. Penyerang Bayern Munich, Lukas Podolski.

Positif: Dengan City yang tumpul pada barisan serangan, Podolski yang melalui musim kurang menggembirakan di Munich mampu memberikan jawapan yang diperlukan. Yuran perpindahan juga tidak dijangka tinggi dengan hanya RM96.4juta (£15juta).


Negatif: Saingan daripada Tottenham Hotspur mungkin menyebabkan harga meningkat.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN MANCHESTER CITY

MASUK

Tidak didedahkan

Jo dari CSKA Moscow


KELUAR

Tidak didedahkan

Ashley Grimes ke Millwall

Georgios Samaras ke Celtic

Tanpa yuran

Andrea Giombetti

Andreas Isaksson ke PSV Eindhoven

Garry Breen ke Hereford

Geovanni ke Hull City

Sun Jihai ke Sheffield United

Dilepaskan

Christian Mourtisen

Emile Mpenza

Filippo Mancini

Michael Daly

Paul Dickov

Perkembangan terkini: Liverpool

Liverpool
Perkembangan terkini (4 Ogos)

Gareth Barry kekal di Aston Villa apabila kelab itu mendedahkan Liverpool gagal memenuhi tarikh akhir untuk menandatangani pemain tengah berkenaan. Bagaimanapun, sekiranya spekulasi bahawa Arsenal cuba mendapatkan Xabi Alonso dapat dipercayai, Liverpool mungkin memulakan kembali rundingan dengan Villa.

Yossi Benayoun yang sebelum ini dilaporkan bakal meninggalkan kelab itu untuk ke Manchester City, tidak akan berbuat demikian berdasarkan laporan ejennya, Ronen Katzav.

Robbie Keane menyelesaikan urusan perpindahannya ke Anfield dengan nilai sebanyak RM123juta (£19juta) dengan opsyen yang boleh meningkat sehingga RM131juta (£20.3juta). Pemain antarabangsa Republik Ireland yang dilaporkan sebagai peminat Liverpool sejak zaman kanak-kanak, menandatangani kontrak selama empat tahun yang bernilai RM516,000 (£80,000) seminggu.

Pemain full-back Schalke, Rafinha, sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield apabila Benitez dilaporkan menyanjungi pemain Brazil itu dan mungkin dapat mengekploitasi hubungan dingin pemain itu dengan kelabnya ekoran penyertaannya dalam Olimpik.

Pemain full-back, Alvaro Arbeloa, pula mungkin meninggalkan Anfield selepas ada laporan dia mahu kembali ke Sepanyol kerana masalah peribadi.

Sekiranya Alonso kekal, ia akan memberikan masalah kepada Liverpool untuk menampung permintaan Aston Villa yang meletakkan nilai RM116juta (£18 juta) terhadap pemain tengahnya, Gareth Barry. Selain menjual Alonso, Liverpool juga boleh menghantar Andrei Voronin ke Jerman dengan nilai RM19juta (£3juta).

Liverpool turut mempertimbangkan untuk membida pemain Espanyol, Albert Riera, dengan tawaran kelab Inggeris itu untuk mendapatkan pemain antarabangsa Sepanyol itu pada nilai RM61juta (£9.5juta) ditolak..

Steve Finnan, yang bakal kehilangan posisinya dalam kesebelasan utama Liverpool ekoran kehadiran Philipp Degen, dilaporkan menarik minat Aston Villa dan West Brom.

Penyerang Perancis yang menjanjikan, David N'Gog, 19, pula tiba dari Paris Saint-Germain dengan nilai RM9juta (£1.5juta), yang turut diekori Emmanuel Mendy selepas pemain tengah Sepanyol itu menandatangani kontrak selama tiga tahun dari Murcia Deportivo.

Target:-


1. Kapten Aston Villa, Gareth Barry.

Positif: Memperlihatkan keserasian dengan Kapten Liverpool, Steven Gerrard dalam pasukan England.


Negatif: Villa berkeras dengan tuntutan RM115.6juta (£18juta) dan pada masa sama Arsenal turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

2. Penyerang Tottenham Hotspur, Robbie Keane.

3. Penyerang Espanyol, Albert Riera.


Positif: Riera boleh memperkuatkan serangan daripada sayap terutama selepas kehilangan John Arne Riise kepada Juventus.


Negatif: Cubaan Liverpool membeli pemain itu dengan harga RM61juta (£9.5juta) ditolak sebelum ini.


4. Penyerang sensasi Valencia, David Villa.


Positif: Gandingannya dengan Fernando Torres boleh mengkacau-bilaukan kotak penalti lawan, sekali gus menjana semangat Liverpool untuk merangkul mahkota juara Liga Perdana Inggeris (EPL).


Negatif: Nilai RM205.5juta (£32juta) yang dituntut Valencia tidak mungkin dipenuhi Liverpool, terutamanya sekiranya berjaya mendapatkan khidmat Barry.

5. Pemain sayap Valencia, David Silva.

Positif: Ketajaman serangan Silva berbahaya kepada lawan seperti yang diperlihatkan dalam perlawanan dengan Chelsea dalam Kejohanan Juara-juara Eropah.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN LIVERPOOL

MASUK

Dengan yuran

Andrea Dossena dari Udinese (RM45.1juta/£7juta)

Diego Cavalieri dari Palmeiras (RM19.4juta/£3juta)

Nikola Saric dari Hergolge (RM3.9juta/£600,000)

Tidak didedahkan

David Ngog dari Paris St Germain

Vincent Lucas Weiji dari AZ Alkmaar

Tanpa yuran

Emmanuel dari Murcia Deportivo


Philipp Degen dari Borussia Dortmund


KELUAR

Dengan yuran

Peter Crouch ke Portsmouth (RM70.4juta/£11juta)

John Arne Riise ke Roma (RM25.8juta/£4juta)

Scott Carson ke West Brom (RM21.1juta/£3.25juta)

Danny Guthrie ke Newcastle (RM16.2juta/£2.5juta)

Tanpa yuran

Anthony Le Tallec ke Le Mans

Harry Kewell ke Galatasaray

Pinjaman

Adam Hammil ke Blackpool

Target Hull City

Hull City
Target:-

1. Penyerang Portsmouth, David Nugent.


Positif: Dengan kejayaan Portsmouth mendapatkan khidmat penyerang Liverpool, Peter Crouch, Hull City beroleh lampu hijau untuk mendapatkan Nugent dengan yuran perpindahan RM19.3juta (£3juta).


2. Bekas penyerang Bayern Munich dan Belanda, Roy Makaay.

Positif: Perubahan pengurusan di kelab Belanda, Feyenoord, menyebabkan penyerang berusia 33 tahun itu boleh dibeli dengan potongan harga RM9.6juta (£1.5juta), sekali gus dapat mengisi posisi penyerang di Hull City, Frazier Campbell, yang kembali ke Manchester United selepas tamat kontrak pinjaman.

3. Pemain tengah Wolves, Seyi Olofinjana.

Positif: Hull City bersedia menawarkan RM19.3juta (£3juta) apabila pemain berusia 28 tahun mengemukakan permohonan untuk perpindahan awal musim panas.

4. Pemain Plymouth, Peter Halmosi.


Positif: Pemain Hungary berusia 28 tahun itu dinilai sebanyak RM19.3juta (£3juta).


5. Pemain veteran Bolton, Stelios Giannakapoulos.

6. Pemain Paris Saint-Germain, Bernard Mendy.

Positif: Mendy tamat kontrak dan Hull tidak perlu mengeluarkan wang untuk yuran perpindahan.


Negatif: Hull perlu bersaing dengan beberapa kelab di Jerman dan Itali, manakala tawaran Werder Bremen tentu berupaya menarik Mendy.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN HULL CITY

MASUK

Dengan yuran

Craig Fagan dari Derby County (RM4.8juta/£750,000)

Tidak didedahkan

Peter Halmosi dari Plymouth Argyle

Tanpa yuran

Bernard Mendy dari Paris St Germain

George Boateng dari Middlesbrough

Geovanni dari Manchester City

Tony Warner dari Fulham

KELUAR

Tanpa yuran

Ben Wilkinson ke York

David Livermore ke Brighton and Hove Albion

Henrik Pedersen ke Silkeborg IF

Stuart Elliott ke Doncaster Rovers

Dilepaskan

Brewster Frizzell

Frank Belt

Jay-Jay Okocha

Target Fulham

Fulham
Target:-

1. Pemain West Ham, Bobby Zamora dan pertahanan, John Pantsil.


Positif: Perjanjian bernilai RM48.1juta (£7.5juta) akan dimateri bila-bila masa saja.


2. Pemain right back Birmingham City, Stephen Kelly.


3. Pemain Switzerland, Hakin Yakin.

4. Pemain Reading, Dave Kitson.


5. Pemain Liverpool, Steve Finnan.


6. Penyerang Rangers, Kris Boyd.


7. Pemain pertahanan Croatia, Josip Simunic.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN FULHAM

MASUK

Dengan yuran

Bobby Zamora dan John Pantsil dari West Ham (RM40.9juta/£6.3juta)

David Stockdale dari Darlington (RM2.3juta/£350,000)

Tanpa yuran

Andranik Teymourian dari Bolton

Johann Smith dari Bolton

Mark Schwarzer dari Middlesbrough

Toni Kallio dari BSC Young Boys

Zoltan Gera dari West Brom


KELUAR

Tidak didedahkan

Dejan Stefanoc ke Norwich City

Tanpa yuran

Bradley Hudson-Odoi ke Hereford

Brian McBride ke Toronto FC

Michael Timlin ke Swindon

Elliot Omozusi ke Norwich City

Dilepaskan

Bjorn Runstrom

Carlos Bocanegra

Corrin Brooks-Meade

Ian Pearce

Ismael Ehui

Jari Litmanen

Philippe Christanval

Simon Elliot

Tony Warner

Perkembangan terkini: Everton

Everton
Perkembangan terkini

Penyerang Everton, Andy Johnson dipercayai dalam proses perpindahan ke Fulham yang menelan belanja RM 83juta (£13juta) tetapi sedikit terganggu kesan daripada tanda kecederaan lututnya.

Pengurus Everton, David Moyes, melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan dalam pasaran perpindahan pemain boleh merosakkan perancangannya untuk musim baru.

Perkembangan Johnson juga boleh menjejaskan proses pembelian pemain Real Zaragoza, Diego Milito, sekali gus memberikan kesan kepada cabarannya pada musim ini kerana Everton belum membeli pemain baru meski pun dikaitkan dengan beberapa pemain seperti Vagner Love, Darren Bent dan Joao Moutinho.

Moutinho berkemungkinan besar untuk menyertai Everton walaupun kelabnya, Sporting Lisbon menolak bidaan kelab EPL itu pada nilai RM75juta (£11.8juta) kerana menganggap nilai pemain tengah itu lebih mahal ekoran persembahan hebat dalam Kejuaraan Eropah, Euro 2008 dalam pasukan Portugal.

Pemain posisi left-back, Leighton Baines, mungkin digugurkan dengan tempatnya boleh digantikan pemain Blackburn, Stephen Warnock.

Everton turut bersaing dengan Rangers untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Slavia Prague, Marek Suchy.

Selain itu, pemain tengah Cameroon, Stephane M'Bia mungkin menjadi pemain pertama yang dibeli dalam tempoh perpindahan yang menelan belanja sebanyak RM26juta (£4juta) dari Rennes.

Pemain tengah Manchester City, Michael Johnson, turut diambil kira oleh Everton, selain pemain Amerika Michael Bradley dan pemain Sepanyol, Joaquin.

Everton turut membida pemain tengah Schalke, Orlando Engelaar dengan nilai RM38juta (£6juta).

Target:-


1. Pemain pertahanan Slavia Prague, Marek Suchy.

2. Pemain pertahanan Argentina, Pablo Aimar.

3. Pemain tengah Manchester City, Michael Johnson.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN EVERTON

MASUK

-

KELUAR

Tanpa yuran

Darren Dennehy ke Cardiff

Jamie Jones ke Leyton Orient

Lee Carsley ke Birmingham City

Dilepaskan

Aidan Downes

Bjarni Vidarsson

James Hall

Patrick Boyle

Ryan Harpur

Shaun Densmore

Stefan Wessels

Stephen Connor

Steven Morrison

Perkembangan terkini: Chelsea

Chelsea
Perkembangan terkini (4 Ogos)

Kemahuan Chelsea untuk mendapatkan khidmat bintang Brazil, Robinho, semakin tinggi apabila Didier Drogba bakal terlepas untuk turut sama pada awal musim berikutan masalah kecederaan, sekali gus meninggalkan hanya seorang penyerang senior yang berkeupayaan untuk bertarung. Robinho masih belum bersetuju untuk menerima kontrak terbaru dari Real Madrid dan dia dilaporkan mendedahkan keinginannya untuk menyertai Chelsea pada hujung minggu lalu. Dengan tawaran bernilai RM193juta (£30juta), Madrid mungkin melepaskannya kerana mampu mencari pengganti.

Pemain pertahanan, Tal Ben Haim, meninggalkan Stamford Bridge hanya selepas semusim menyertai kelab itu dengan bersetuju berhijrah ke Manchester City. Pemain tengah Brazil, Diego, yang kini berada di Werder Bremen, mungkin bakal menyertai Chelsea dengan khabar angin yuran perpindahan menjangkau RM161juta (£25juta).

Sementara itu, pemain sayap, Shaun Wright-Phillips, pula dilaporkan akan kekal di kelab itu walaupun sebelum ini dikaitkan dengan Portsmouth.

Inter Milan pula akhirnya berputus asa untuk memancing pemain tengah, Frank Lampard, selepas berjaya mendapatkan khidmat Sulley Muntari dari Portsmouth kerana pengurusnya, Jose Mourinho hanya mahukan 22 pemain dan tiga penjaga gol saja.

Didier Drogba dilaporkan akan membuat keputusan mengenai masa depannya dalam tempoh 10 hari meskipun belum ada tawaran rasmi dari mana-mana kelab. AC Milan yang sebelum ini dikhabarkan berminat mahu menunggu masa yang sesuai untuk membuat tawaran, manakala Barcelona pula menawarkan pertukaran pemain dengan Samuel Eto'o tetapi Chelsea menolak tawaran itu.

Tawaran hebat Chelsea untuk mendapatkan Kaka yang dipercayai bernilai RM322juta (£50juta) ditolak berdasarkan laporan Milan meskipun Chelsea menafikan pernah membuat tawaran terbabit.

Claude Makelele, pemain tengah pertahanan pula, akhirnya meninggalkan Chelsea selepas lima tahun mempertaruhkan staminanya untuk kembali ke Perancis selepas menandatangani kontrak dengan Paris Saint-Germain.

Target:-


1. Bintang Brazil di AC Milan, Kaka
.

Positif: Dua kali pemain terbaik dunia dan Chelsea mempunyai kemampuan untuk membayar sehingga RM320.8juta (£50juta).

Negatif: Sekali lagi Chelsea terpaksa menerima hakikat duit tidak selalunya dapat membeli kehebatan.

2. Penyerang Real Madrid, Robinho.


Positif: Dapat menggantikan posisi Didier Drogba yang berulang kali melahirkan keinginan untuk berhijrah dan bersama-sama dengan bekas pengurus Chelsea, Jose Morinho di Inter Milan.

Negatif: Nilai yang diletakkan Real Madrid terlalu tinggi, RM192.5juta (£30juta).

3. Penyerang Barcelona, Samuel Eto’o
.

Positif: Sudah diuji sebagai penyerang berbisa dan Eto’o turut diberitahu majikannya di Barcelona, bahawa dia sudah diletakkan dalam senarai perpindahan.

Negatif: Barcelona bersedia memasukkan Samuel
Eto’o dalam pakej untuk mendapat Emmanuel Adebayor dari Arsenal.


SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN CHELSEA

MASUK

Dengan yuran

Jose Bowingwa dari FC Porto (RM104.5juta/£16.2juta)

Deco dari Barcelona (RM51.6juta/£8juta)


KELUAR

Dengan yuran

Steve Sidwell ke Aston Villa (RM32juta/£5juta)

Tidak didedahkan

Khalid Boulahrouz ke VfB Stuttgart

Tanpa yuran

Claude Makelele ke Paris St Germain

Harry Worley ke Leicester City

Pinjaman

Ben Sahar ke Portsmouth

Emmanuel Sarki ke Westerloo

Jeffrey Ntuka ke Westerloo

Jimmy Smith ke Sheffield Wed

Michale Modubi ke Westerloo

Ryan Bertrand ke Norwich City

Slobodan Rajkovic ke Twente

Adrian Pettigrew (dilepaskan)

Dilepaskan

Anthony Grant

Hernan Crespo

James Simmonds

Phil Younghusband

Target Bolton Wanderers

Bolton Wanderers
Target:-

1. Penyerang Toulouse, Johan Elmander.

2. Pemain tengah Birmingham, Fabrice Muamba.


3. Pemain Sporting Lisbon, Miguel Veloso dan Simon Vukcevic.

Negatif: Kelab Portugis memaklumkan bersedia menjual dengan harga RM102.6juta (£16juta) dan pada masa terpaksa bersaing dengan Arsenal.


4. Pemain muda Walsall, Sean Geddes
.

Negatif: Terpaksa bersaing dengan Newcastle dan Blackburn untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 16 tahun.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN BOLTON WANDERERS

MASUK

Dengan yuran

Fabrice Muamba dari Birmingham

Tidak didedahkan

Johan Elmander dari Toulouse

KELUAR

Dengan yuran

Daniel Braaten ke Toulouse (RM64.6juta/£10juta)

Andranik Teymourian ke Fulham (RM35.6juta/£5.5juta)

Tukaran pemain

Stelios Giannakopoulos ke Toulouse

Tanpa yuran

Johann Smith ke Fulham

Dilepaskan/kontrak tamat

Ivan Campo

Les Thompson

Target Blackburn Rovers

Blackburn Rovers
Target:-

1. Pemain Fulham, Steve Davis.


Positif: Mempamerkan persembahan membanggakan semasa dipinjamkan ke Rangers sehingga pengurusnya, Walter Smith, mahu membeli secara kekal tetapi terbantut oleh nilai RM25.7juta (£4juta).


2. Pemain pertahanan Bristol City, Bradley Orr.

Positif: Dinamakan sebagai Championship Players Team.

Negatif: City tidak memberikan respons yang baik untuk menjualnya.

3. Pemain full-back Mexico, Ricardo Osorio.

Positif: Blackburn bersedia menawarkan harga RM7.7juta (£1.2juta) untuk membeli pemain yang membantu Stuttgart merampas mahkota Bundesliga pada musim 2006/2007.

4. Pemain pertahanan Hamburg, Joris Mathjisen.

5. Kapten pasukan MK Dons, Keith Andrews.

Positif: Berpengalaman dengan Paul Ince yang kini menguruskan Blackburn dan dikaitkan dengan perpindahan bernilai RM9.6juta (£1.5juta) selepas mendakwa pemain itu terlalu bagus untuk Liga Satu.


6. Penyerang Marseille, Djibril Cisse.

Positif: Boleh menggantikan tempat penyerang Roque Santa Cruz yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab empat teratas dan Cisse juga tidak selesa di Marseille.

Negatif: Dikaitkan dengan masalah kecederaan jangka masa panjang.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN BLACKBURN ROVERS

MASUK

Dengan yuran

Paul Robinson dari Tottenham Hotspur (RM22.7juta/£3.5juta)


Tanpa yuran


Robbie Fowler dari Cardiff City

KELUAR

Dengan yuran

Brad Friedel ke Aston Villa (RM12.9juta/£2juta)


Tanpa yuran

Raffaele de Vita ke Livingston

Dilepaskan

Bruno Berner

Darragh Tuffy

Francis Zenaba

Peter Enckelman

Stephane Henchoz

Zak Jones

Target Aston Villa

Aston Villa
Target:-

1. Penjaga gol England, Ben Foster.

Positif: Boleh diperoleh secara pinjaman daripada Manchester United.


2. Penjaga gol Tottenham Hotspur, Paul Robinson.

Positif: Robinson tidak mendapat tempat di bawah regim Juande Ramos dan peluang kembali beraksi dalam kesebelasan utama boleh menjadi daya tarikan terutama Villa ialah kelab yang berupaya memberikan saingan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Negatif: Kecuaian yang dikaitkan dengannya mungkin menjadi risiko yang besar.


3. Pemain tengah Real Madrid, Ruben de la Red Villa.


Positif: Menampilkan persembahan memberangsangkan semasa dipinjamkan ke Getafe pada musim lalu.


Negatif: Villa terpaksa bersaing tiga penjuru dengan kelab Arsenal dan Tottenham untuk mendapatkan khidmat pemain Sepanyol berusia 23 tahun.


4. Pemain tengah Tottenham Hotspur, Steed Malbranque

Positif: Villa boleh mendapatkan pemain berpengalaman.

Negatif: Ramos meletakkan nilai yang setinggi RM25.7juta (£4juta).

5. Pemain pertahanan Valencia, Miguel.

Positif: Galang ganti terbaik kepada Olof Mellberg yang berhijrah ke Juventus dan persembahan buruk Valencia pada musim lalu menyebabkan kelab Sepanyol itu perlu membawa masuk lebih banyak wang dengan menjual pemain.

6. Pemain pertahanan Sheffield Wednesday, Frankie Simek.

7. Pemain sayap Newcastle, James Milner.

Positif: Sudah pun serasi dengan Villa kerana menghabiskan tiga musim sebagai pemain yang dipinjamkan ke kelab itu.

Negatif: Terpaksa bersaing dengan Blackburn.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN ASTON VILLA

MASUK

Dengan yuran

Steve Sidwell dari Chelsea (RM32juta/£5juta)

Curtis Davies dari West Brom (RM19.4juta/£3juta)

Brad Friedel dari Blackburn Rovers (RM12.9juta/£2juta)


KELUAR

Dengan yuran

Luke Moore ke West Brom (RM19.3juta/£3juta)

Tanpa yuran

Damian Bellon ke FC Caduz

Erik Lund ke IFK Gothenburg

Olof Mellberg ke Juventus

Patrik Berger ke Sparta Prague

Dilepaskan

Thomas Sorensen

Perkembangan terkini: Arsenal

Arsenal
Perkembangan terkini (4 Ogos)

Arsenal memperbaharui minat mereka terhadap pemain tengah England, Gareth Barry selepas rundingan antara kelabnya, Aston Villa dengan Liverpool terbantut. Arsene Wenger juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pemain Liverpool, Xabi Alonso, yang dinilaikan sebanyak RM103juta (£16juta).

Selain Barry dan Alonso, Arsenal juga dipercayai hampir pasti membeli pemain tengah Udinese, Gokhan Inler, dengan harga pemain antarabangsa Switzerland itu bernilai RM64.5juta (£10juta).

Emirates juga mengesahkan berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah pasukan bawah 21 Portugal, Amaury Bischoff dari Werder Bremen.

Sementara itu, pemain perancang Arsenal, Cesc Fabregas, memberikan jaminan kepada penyokong kelab itu bahawa dia akan menolak tawaran Real Madrid dan memilih untuk kekal di the Emirates sekurang-kurangnya sehingga kini.

Dalam perkembangan lain, jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, mengesahkan masih berminat untuk mendapatkan Emmanuel Adebayor, yang masih belum memutuskan masa depannya.

Arsenal turut dikaitkan dengan pemain tengah Portugal, Miguel Veloso, yang berupaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mathieu Flamini, Alexander Hleb dan Gilberto Silva.

Sementara itu, Andrei Arshavin, pula semakin pasti tidak lagi menjadi pilihan Arsenal apabila harganya berada di luar kemampuan kelab Inggeris itu kerana menuntut gaji setinggi RM700,000 (£110,000) seminggu.

Penyerang Ajax, Klaas-Jan Huntelaar mendedahkan impiannya untuk menyertai Manchester United meskipun ia tidak menamatkan spekulasi terhadap minat Arsenal terutama memandangkan masa depan Adebayor belum diputuskan.

Target: -


1. Penyerang Ajax, Klaas-Jan Huntelaar.

Positif: Galang ganti kepada Emmanuel Adebayor yang dikaitkan dengan perpindahan ke AC Milan dan Barcelona yang membuat tawaran RM96.1juta (£15juta) plus Samuel Eto’o.

Negatif: Huntelar pernah mendedahkan impiannya untuk bermain dengan Manchester United.

2. Pemain tengah Werder Bremen, Amaury Bischoff.

Positif: Pemain berusia 21 tahun berupaya menggantikan posisi Mathieu Flamini yang berhijrah ke AC Milan.

Negatif: Mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan pilihan pertama kerana baru sembuh daripada kecederaan panjang.

3. Pemain tengah pertahanan Villarreal, Marcos Senna Positif: Arsenal dapat khidmat pemain tengah pertahanan yang sebelum ini dimainkan oleh Patrick Viera.

Negatif: Villarreal meletakkan harga yang tinggi daripada nilai pasaran, RM160.1juta (£25juta) 4. Pemain tengah pertahanan Real Madrid, Ruben de la Red.



SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN ARSENAL

MASUK


Dengan yuran

Samir Nasri dari Marseille (RM77.5juta/£12juta)

Aaron Ramsey dari Cardiff (RM32.3juta/£5juta)

Tanpa yuran

Francis Coquelin dari Stade Lavallois



KELUAR

Dengan yuran

Alexander Hleb ke Barcelona (RM76.4juta/£11.8juta)

Gilberto Silva ke Panathinaikos (RM6.5juta/£1juta)

Pinjaman

Kerrea Gilbert ke Leicester City

Tanpa yuran

Jens Lehmann ke Stuttgart

Mathieu Flamini ke AC Milan

 

blogger templates | Make Money Online